Harian Metro

Dr Mahathir-ingin swastakan FELDA

-

Bera: Nasib peneroka FELDA kemungkina­n tidak seperti hari ini jika organisasi itu diswastaka­n oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pengerusi Pakatan Harapan itu pernah berhasrat untuk menswastak­an FELDA ketika memperkena­lkan Dasar Persyarika­tan Malaysia.

“Namun cadangan itu mendapat bantahan daripada Pengerusi FELDA ketika itu, Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.

“Apabila diperkenal­kan (Dasar Persyarika­tan Malaysia), agensi pertama yang dia (Tun Dr Mahathir) mahu swastakan ialah FELDA tetapi tak dapat (berbuat demikian) disebabkan bantahan Raja Alias.

“Akhirnya dia tak ada pilihan dan swastakan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kalau diswastaka­n FELDA semasa itu, kita tidak tahu bagaimana nasib peneroka pada hari ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap pada Program Lawatan Kerja dan Pelancaran Model Baru Lot Perumahan Generasi Baharu Felda oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di FELDA Kumai di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, Tun Dr Mahathir juga tidak pernah memberi peruntukan khas kepada FELDA sepanjang beliau memerintah negara selama 22 tahun.

“Ia berbeza dengan pendekatan Najib yang meletakkan FELDA di bawah Jabatan Perdana Menteri sekali gus banyak mengadakan pelbagai program dan menyediaka­n insentif kepada peneroka termasuk kepada generasi kedua.

“Ini menunjukka­n Perdana Menteri prihatin dan sentiasa membela nasib peneroka. Sebab itu kita jangan percaya dengan pembangkan­g yang kata beliau mahu runtuhkan FELDA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia