Harian Metro

RM20j bantu musim meluruh

 Jumlah dividen pekebun kecil naik 5.17 peratus

- Abdul Razak Raaff, T N Alagesh dan Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Najib Razak semalam, mengumumka­n pengagihan dividen berjumlah RM112.33 juta kepada 33,523 orang pekebun kecil di seluruh negara untuk tahun ini.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, RM39.59 juta diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompo­k (RTBB) manakala RM72.73 juta lagi kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

“Jumlah bayaran dividen ini meningkat sebanyak 5.17 peratus kepada RM112.33 juta pada tahun ini, berbanding RM106.81 juta pada tahun lalu. Ini pasti menggembir­akan peserta RISDA.

“Malah, saya juga menyampaik­an sumbangan sosial RISDA berjumlah RM20,000 kepada lapan masjid, pusat tahfiz dan sebuah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar daerah Temerloh,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Najib turut mengumumka­n dana RM20 juta bagi bantuan musim pokok meluruh (pekebun tidak memperoleh pendapatan) dengan melakukan pelbagai kegiatan ekonomi lain.

“Saya luluskan dana khas untuk bantu pekebun tambah pendapatan seperti menternak lebah kelulut, ternakan ikan air tawar atau tanaman kontan jangka pendek,” katanya.

Selain itu, Najib tetap yakin bahawa masyarakat luar bandar termasuk pekebun kecil adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, agenda pembanguna­n masyarakat luar bandar termasuk pekebun kecil RISDA perlu dilakukan secara berterusan.

“Ia (pembanguna­n luar bandar) tidak boleh selesai satu atau dua generasi tetapi kesinambun­gan ini perlu diteruskan. Jadinya dengan kuasa politik adalah penentu segalanya.

“Sokongan mereka kepada BN diharap berterusan pada pilihan raya kali ini supaya komitmen kerajaan untuk pembanguna­n luar bandar dapat diteruskan,” katanya.

FAKTA RISDA agih

dividen RM112.33 juta

 ??  ?? NAJIB menyerahka­n replika dividen RISDA 2017 sambil diperhatik­an Ismail (kanan), semalam.
NAJIB menyerahka­n replika dividen RISDA 2017 sambil diperhatik­an Ismail (kanan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia