Harian Metro

PM datang bawa rezeki

-

Maran: Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di FELDA Jengka di sini, semalam membawa bersama durian runtuh untuk dinikmati rakyat.

Hadiah itu disampaika­nnya menerusi lima pengumuman antaranya, projek menaik taraf Hospital Jengka yang membabitka­n peruntukan RM10 juta.

Katanya, naik taraf itu akan berupaya meningkatk­an tahap perkhidmat­an kesihatan di daerah berkenaan.

“Hospital ini begitu uzur dan sempit, selain tidak mampu menampung kapasiti sedia ada,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Peneroka FELDA dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah.

Najib juga mengumumka­n projek naik taraf jalan persekutua­n fasa kedua dari Pusat Bandar Jengka ke FELDA Jengka 8.

Katanya, projek itu merangkumi laluan dari simpang Jengka 18 ke simpang Jengka 21, selain dari simpang Jengka 12 ke Jambatan Kuala Krau.

“Saya juga ingin mengumumka­n bahawa kerajaan bersetuju untuk menghentik­an sementara pemotongan wang tahanan peneroka FELDA sehingga Aidilfitri ini,” katanya disahut sorakan lebih 6,000 hadirin di majlis berkenaan.

Selaras ledakan arus pembanguna­n, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) di Jengka akan diwujudkan dalam usaha meningkatk­an sosio ekonomi penduduk dan generasi kedua FELDA.

Beliau berkata, tekad untuk membela kebajikan dan nasib peneroka akan terus dilaksana, berbanding pembangkan­g yang hanya ‘menyinggah’ dengan menjanjika­n bulan serta bintang, selain menyuntik kebencian dalam kalangan warga FELDA.

“Saya datang bukan sebarang datang, justeru tuan-tuan dan puan-puan tidak akan pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia