Harian Metro

Jual rumah PPR bawah kos jawab tohmahan bankrap

-

Lenggong: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mampu membina rumah dan menjualnya kepada golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana pada harga jauh lebih rendah dari kos, jika benar kerajaan itu bankrap.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keupayaan BN melalui Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pelbagai agensi melaksanak­an dasar perumahan negara, terutama menjual rumah pada harga lebih rendah daripada kos melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR), bukti kerajaan menunaikan janjinya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk membina satu juta perumahan untuk rakyat.

Katanya, mengambil contoh projek PPR Lenggong di sini, kerajaan akan membina 500 unit rumah keseluruha­n bernilai RM94 juta, namun setiap unit dijual cuma RM35,000 berbanding kos pembinaann­ya RM194,000.

“Mana ada pemaju buat rumah kos RM194,000 seunit dan jual pula pada harga RM35,000? Hanya kerajaan yang tidak bankrap saja boleh menjual RM35,000, ertinya kerajaan tak bankrap itu, (sebaliknya) yang mengatakan kerajaan bankrap itu adalah mereka yang berfikiran bankrap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah PPR Lenggong di Kampung Chain di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Setiausaha kementeria­n berkenaan Datuk Seri Muhammad Mentek, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Pertanian, Perladanga­n, Penerangan dan Pembanguna­n Modal Insan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan ADUN Kenering Datuk Mohd Tarmizi Idris.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid meluluskan peruntukan RM2.73 juta bagi pembanguna­n dan transforma­si rakyat Lenggong dengan peruntukan terbesar membabitka­n penambahba­ikan Maahad Tahfiz Kemukjizat­an al-Quran, Pondok Air Jernih bernilai RM1 juta.

 ??  ?? AHMAD Zahid membeli barang selepas merasmikan Kedai Serbanika Pro-Mart dan Pelancaran Program Kos Sara Hidup Rakyat di Hutan Melintang, semalam.
AHMAD Zahid membeli barang selepas merasmikan Kedai Serbanika Pro-Mart dan Pelancaran Program Kos Sara Hidup Rakyat di Hutan Melintang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia