Harian Metro

Angkara kartel

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

Harga barang naik akibat manipulasi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan harga barang di pasaran bukan disebabkan cukai barang dan perkhidmat­an (GST), sebaliknya tindakan orang tengah atau kartel yang memanipula­si harga bagi mengaut keuntungan berlebihan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara berkata, kartel atau orang tengah ini memburukka­n lagi keadaan dengan menuduh kerajaan menaikkan harga barangan, sedangkan harga barangan dinaikkan mereka kerana mahu margin keuntungan tinggi.

“Mereka salahkan kerajaan kerana GST penyebab utama yang menaikkan harga (barang), kartel inilah dulu syarikat atau individu yang lari daripada membayar cukai SST (Cukai Jualan dan Perkhidmat­an), itu sebab kerajaan ambil langkah kutip cukai jualan melalui GST.

“Oleh kerana mereka marah dengan (pelaksanaa­n) GST, jadi mereka buat tohmahan dan fitnah kepada kerajaan, langkah kerajaan melalui Majlis (Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara) adalah satu langkah tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan ProMart Bagan Datuk dan Program Kos Sara Hidup di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Prolink Retails Sdn Bhd Datuk Dr Suhaimi Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata, memang benar ada kenaikan dari segi kos pengeluara­n, pengimport­an, pertukaran wang kerana ketika itu nilai mata wang kita agak rendah berbanding dolar Amerika, bagaimanap­un nilai wang ketika ini meningkat tetapi harga barangan masih tidak turun.

“Ertinya kartel memainkan peranan orang tengah dan ambil margin (keuntungan) banyak, saya tak mahu musuh dengan mereka tapi saya mewakili rakyat, minta kartel dan orang tengah jangan salahkan kerajaan dan jangan jadikan rakyat mangsa dan meracuni fikiran rakyat untuk membenci kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan memahami bahawa semua yang berniaga mahukan keuntungan, tetapi biarlah keuntungan itu munasabah dan rakyat tidak menjadi mangsa keadaan selain menjual kepada rakyat dengan harga yang berpatutan.

Katanya, oleh sebab itu kerajaan mengambil langkah dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang antara hasilnya datang melalui kutipan GST supaya rakyat yang layak dapat menambah kuasa beli dan bebanan kos dapat diturunkan.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga merancang untuk menambah bilangan Kedai Serbaneka ProMart yang kini menggantik­an Kedai Rakyat1Mal­aysia (KR1M) di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia