Harian Metro

‘Alhamdulil­lah Allah permudahka­n’

-

Bob yang kini sukar berjalan lebih banyak duduk dan terbaring di rumah.

Apa dirasakan Bob kini, masa untuk hidup sudah tidak panjang.

Disebabkan itu, setiap masa dia sentiasa berpesan kepada anaknya supaya berbuat baik kepadanya selagi hayat masih ada.

“Saya selalu cakap kepada anak, suatu harinantis­ayaakan meninggal dunia. Sementara saya masih bernyawa, kalau tidak mahu menyesal dalam

hidup ini buat baik dengan ayah. Sebab perkara ini banyak orang tidak pesan kepada anakmereka.

“Saya pernah tidak bersikap baik dengan ibu bapa, tetapi apabila saya sakit, Allah panjangkan usia ibu bapa saya. Dalam keadaan sekarang, Allah masih beri saya kesempatan untuk pimpin tangan mereka. Walaupun mereka tidak tinggal bersama saya, saya dapat rasa nikmat itu.

“Saya beritahu anak, kalau mahu berasa satu nikmat kenangan yang hebat dalam hidup, kena buat baik dengan ibu bapa ketika mereka masih ada. Sebab nanti kalau sudah tidak ada, serba-serbi kita buat akan menangis. Jika ingin gembira buatlah masa mereka ada. Kalau sudah tidak ada pula, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah. Ia keberkatan selepas mati pula,” katanya.

Ditanya adakah dia tidak rindukan industri hiburan, Bob akui, dia nekad bersara sejak 2010.

Namun, dalam tempoh itu Bob mengakui masih mendapat tawaran berlakon dan menulis lirik.

“Saya sudah lama cuci tangan dalam industri hiburan. Setiap kali dapat tawaran, saya tolak cara baik. Saya memang nekad untuk tidak terbabit lagi.

“Namun, baru-baru ini Datuk Ramli Sarip berjumpa dan mahukan saya menulis lirik untuk lagu ketuhanan nyanyianny­a. Saya tidak boleh berjanji kerana keadaan sekarang yang tidak mengizinka­n.

“Cuma saya cakap, kena dengar lagu dulu dan baru boleh cari ilham. Kalau Allah panjangkan usia dan mendapat keizinan, saya cuba. Lagipun, saya dengan Ramli seperti adik-beradik. Insya-Allah, mungkin ia menjadi lirik terakhir saya,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? BOB bersama isteri, Relawati Daud dan anak Mohammad Adam (kanan), Muhammad Danial dan Nur Amalin. Baru-baru ini Datuk Ramli Sarip berjumpa dan mahukan saya menulis lirik untuk lagu ketuhanan nyanyianny­a. Saya tidak boleh berjanji kerana keadaan...
BOB bersama isteri, Relawati Daud dan anak Mohammad Adam (kanan), Muhammad Danial dan Nur Amalin. Baru-baru ini Datuk Ramli Sarip berjumpa dan mahukan saya menulis lirik untuk lagu ketuhanan nyanyianny­a. Saya tidak boleh berjanji kerana keadaan...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia