Harian Metro

Kehadiran Zara tenangkan hati

- DARI MUKA R23

Drama adaptasi siri TV popular Korea Selatan pada 2013, Two Women’s Room itu kini disiarkan di Astro Prima untuk slot Tiara hasil arahan Shahruleza­d Mohameddin dan Uchee Fukada.

Mengungkap kisah cintanya dengan Zara, pelakon drama Shhh... I

Love You di TV3 ini berkata, memang tidak dinafikan lokasi penggambar­an drama MonaLisa menjadi titik permulaan hubungan rapat di antara dia dan Zara.

“Dalam drama MonaLisa itu, saya melakonkan watak Cef Adam Hakim dan Zara pula sebagai Melissa. Pada mulanya kami tidak banyak babak bersama.

“Namun, mungkin juga disebabkan sudah berbulan-bulan menjalani penggambar­an, kami akhirnya boleh berkawan baik dan rapat.

“Terus terang, saya selesa dengan Zara kerana dia seorang yang sangat ceria dan begitu komited dalam kerjayanya, malah senang dibawa berbincang.

“Ditambah sikap yang matang, tegas dan tahu apa diinginkan, Zara banyak membantu lakonan saya di lokasi. Dia juga tidak kedekut ilmu,” katanya.

Mengakui memang dia ambil masa untuk membuat pengakuan ini, Hafreez berkata, ini disebabkan tidak mahu kisah cinta lebih jadi perhatian berbanding kerjaya.

“Bagaimanap­un, saya ikhlas dalam menjalin hubungan dengan Zara, jadi ada baiknya juga berterus terang. Saya mengharapk­an hubungan ini berakhir ke jenjang pelamin.

“Buat peminat saya dan Zara, doakan yang terbaik buat kami. Saya rasa serasi dengan Zara kerana kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Mengakui dia juga tidak kisah perbezaan usia enam tahun di antara mereka, Hafreez berkata, usia hanya sekadar angka.

Apa yang penting, kata jejaka berkulit sawo matang itu, keselesaan dan keserasian dengan pasangan. Buat masa ini, kehadiran Zara sangat menenangka­n hatinya.

Hafreez ambil masa buat pengakuan disebabkan tidak mahu

kisah cinta lebih jadi perhatian

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia