Harian Metro

TETAP OPTIMIS SHAH RUKH KHAN JADI PENGACARA

-

Diana Penty tidak kisah filem ditangguhk­an tayangan

Penangguha­n tarikh tayangan filem terbarunya, Parmanu: The Story of Pokhran yang sepatutnya ditayangka­n pada 8 Disember tahun lalu tidak menjejaska­n pelakonnya, Diana Penty.

Diana berkata, dia sentiasa optimis dan percaya filem yang turut dibintangi John Abraham itu akan tetap ditayangka­n.

“Walaupun tayanganny­a ditangguhk­an, saya tidak terkilan atau berasa sedih. Bagi saya, lebih baik kita nantikan tarikh sebenar filem ini dan lakukan perkara lain terlebih dahulu.

“Saya memang tidak sabar untuk melihat penghasila­n filem ini yang dijangka ditayangka­n pada Mei depan,” katanya.

Menurut Diana, dalam filem itu dia membawa watak sebagai seorang anggota tentera yang mengangkat kisah ujian nuklear yang dilakukan di Pokhran, Rajasthan pada 1998.

“Ini adalah cerita penting untuk diberitahu ke seluruh negara. Ia mengenai bagaimana India menguasai nuklear,” katanya. Acara yang mendapat jolokan sebagai Oscars versi India, Filmfare Awards 2018 berlangsun­g dalam suasana yang gilang gemilang pada awal tahun ini di NSCI Dome, Mumbai, India.

Lebih bermakna majlis anugerah berprestij yang mengiktira­f bakat khususnya dalam industri perfileman India itu dihoskan dua nama besar, Shah Rukh Khan dan Karan Johar buat julung kalinya.

Penganjura­n kali ke-63 ini menyaksika­n ramai bintang Bollywood pujaan ramai seperti Kajol, Shahid Kapoor, Arjun Kapoor, Madhuri Dixit dan

Preity Zinta hadir bagi memberi sokongan penuh terhadap acara ini.

Bukan itu sahaja, pentas gah Filmfare Awards 2018 turut dimeriahka­n dengan persembaha­n hebat Akshay Kumar, Ranveer Singh, Ayushmann Khurrana, Parineeti Chopra dan ramai lagi.

Pada malam anugerah itu, pelakon Irrfan Khan dan Vidya Balan menjadi perhatian ramai apabila mereka berjaya menggengga­m trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem lakonan masingmasi­ng iaitu Hindi Medium dan Tumhari Sulu.

Kegembiraa­n berganda buat Irrfan apabila filem Hindi Medium turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia