Harian Metro

Raih kejayaan pelbagai kejohanan

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Siti Hajar antara wanita pertama ceburi

aktiviti redah jeram di negara ini

Anak kelahiran Sik, Kedah ini tidak pernah menyangka detik awal menyertai kayak arus deras atau rakit redah jeram sekadar rekreasi bersama rakan sekelas 11 tahun lalu, kini mampu meraih pelbagai kejayaan dalam kejohanan aktiviti itu di Malaysia.

Pemilik nama, Siti Hajar Mohamad Taher, 30, boleh dianggap antara wanita pertama di negara ini yang menjadi perintis. Terutama dalam mewujudkan kumpulan kayak arus deras wanita dan giat memburu lebih banyak pengalaman.

Siti Hajar yang lebih mesra disapa Jaja berkata, bagi tujuan itu dia bercadang untuk menimba pengalaman di Indonesia dengan melakukan latihan intensif bersama penggiat wanita lain dalam aktiviti itu pada bulan ini.

Katanya, selain itu, dia juga merancang untuk menyertai salah satu kejohanan kayak arus deras yang dianjurkan Persekutua­n Rakit Redah Jeram Antarabang­sa (IRF) di China bagi menimba pengalaman ahli kumpulanny­a.

“Aktiviti ini jarang disertai golongan wanita di Malaysia berbanding di luar negara dan saya melihat ia satu peluang yang baik untuk mengembang­kan bakat dalam bidang ini.

“Selain itu, menyertai pertanding­an di peringkat antarabang­sa juga boleh membantu saya dan rakan-rakan meningkatk­an kemahiran.

“Selain meletakkan nama Malaysia sebagai negara di Asia yang mempunyai bakat dalam kayak arus deras,” katanya.

Penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang pelanconga­n itu menambah, setakat ini belum ada lagi peserta dari Malaysia yang menyertai kejohanan kayak arus deras di peringkat antarabang­sa.

“Biasanya bagi kejohanan di peringkat antarabang­sa untuk kategori Asia, hanya Jepun dan Indonesia saja yang mewakiliny­a.

“Jadi, sekiranya Malaysia menyertain­ya pada tahun depan di China, sekali gus menambah senarai satu lagi negara dalam rantau Asia menyertai kejohanan dunia,” katanya.

Siti Hajar berkata, meskipun dalam kejohanan yang disertainy­a didominasi golongan lelaki namun ia bukan suatu cabaran besar kerana aktiviti ini memerlukan kemahiran untuk mengemudi kayak.

Kini, dalam kesibukan menguruska­n perniagaan, dia tidak mengabaika­n latihan untuk memantapka­n kemahiran mendayung dan mengendali­kan kayak.

“Aktiviti ini juga memerlukan kecergasan fizikal yang baik, jadi selain dari berlatih kemahiran berkayak, saya juga perlu menjalani latihan kecergasan lain di gimnasium.

“Kepada golongan wanita yang berminat dalam aktiviti ini, saya sememangny­a mengalu-alukan mereka untuk menyertain­ya dan sedang mencari ahli baru untuk kejohanan akan datang,” katanya.

 ??  ?? SITI Hajar sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kejohanan
kayak arus deras tempatan.
SITI Hajar sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kejohanan kayak arus deras tempatan.
 ??  ?? AKSI Siti Hajar bersama ahli kumpulan ketika
dalam kejohanan kayak arus deras.
AKSI Siti Hajar bersama ahli kumpulan ketika dalam kejohanan kayak arus deras.
 ??  ?? BERLATIH membantu memantapka­n kemahiran dayungan Siti Hajar.
BERLATIH membantu memantapka­n kemahiran dayungan Siti Hajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia