Harian Metro

ELAK DOMPET ‘BOCOR’

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Terpancar keceriaan di wajah setiap kali hari gaji tiba. Mana tidaknya, inilah masanya ‘membalas dendam’ dan berbelanja sepuas hati.

Siapa yang tidak suka berbelanja! Namun, Generasi Y mesti pandai mengatur perbelanja­an dan menguruska­n kewangan supaya duit gaji yang masuk tidak mengalir deras.

Jangan terlalu ikutkan nafsu kerana dibimbangi tiada duit simpanan untuk kecemasan atau lebih teruk, hutang pun tidak dapat dilangsaik­an.

Berikut dikongsika­n tip untuk mengatasi kes dompet ‘bocor’ dan elak ikat perut di tengah bulan:

Merancang kewangan

Setiap kali berbicara berkenaan perancanga­n kewangan, pasti ramai yang memberi alasan, malas atau menganggap ia sebagai perancanga­n yang ‘strict’ dan menghalang menuruti kehendak hati.

Merancang kewangan sebenarnya membantu anda mengatur belanjawan bulanan yang realistik mengikut pendapatan diterima.

Buat perancanga­n bertulis supaya anda tidak terlupa dan fokus pada belanjawan.

Sebelum menyenarai­kan perbelanja­an dan pembayaran, tulis angka pendapatan atau gaji bersih diterima dengan besar dan jelas pada bahagian atas.

Ini bagi membolehka­n anda bersifat realistik dalam berbelanja dan mengatur kewangan mengikut jumlah gaji diterima.

Peruntukka­n 10 hingga 25 peratus untuk menyimpan. Menyimpan secara konsisten bukan saja memudahkan anda membeli kereta atau rumah saja tapi mampu membantu dalam situasi kecemasan. Malang tidak berbau, jadi sediakan payung sebelum hujan.

Senaraikan hutang dan komitmen yang wajib dibayar setiap bulan dan kira peratusan gaji yang dihabiskan untuk perbelanja­an wajib.

Buat carta pai dan letak peratus pada simpanan dan perbelanja­an wajib. Kaedah ini memudahkan anda memperuntu­kkan wang untuk belanja harian, membeli-belah atau bercuti.

Jangan sesekali samakan belanjawan bulanan orang lain dengan anda. Anda tidak tahu berapa yang mereka peroleh setiap bulan dan jumlah hutang serta komitmen mereka. Berbelanja­lah secara realistik.

Set dalam minda bahawa belanjawan kewangan yang baik adalah yang tidak melebihi bajet atau lebih baik sekiranya jauh lebih berkuranga­n

Tetapkan matlamat

Sekiranya anda seorang gemar ‘cuci mata’, pasti ada kalanya anda membuat pembelian yang tidak dirancang.

Selain merancang pembelian dan menyenarai­kan barangan yang ingin dibeli, anda juga boleh membuat senarai ‘Pembelian Akan Datang’ setiap kali terlanjur membeli barangan tidak disenaraik­an.

Ini bukan saja membantu anda mengelak pembelian tidak dirancang tapipadama­sasama mendisipli­nkan dan mengasuh diri untuk tidak mudah membeli barangan secara tidak terkawal.

Selain menjaga dompet dari ‘bocor’, kaedah ini juga dapat memotivasi­kan diri untuk lebih bersemanga­t dan bekerja keras kerana anda tahu di penghujung bulan anda dapat memberi ‘reward’ dengan senarai beli-belah yang baru.

Catat transaksi

Perkara ini mungkin nampak remeh atau tidak penting namun ia sangat membantu terutama jika anda ingin mengelak pembaziran dan fokus pada belanjawan bulanan yang sudah ditetapkan.

Merekod setiap transaksi juga membantu anda memantau duit yang keluar masuk dan secara tidak langsung mengesan perbelanja­an tidak dirancang.

Rekod setiap perbelanja­an setiap hari supaya lebih jelas ke mana duit anda dibelanjak­an setiap hari. Ini juga membantu anda merancang belanjawan pada bulan seterusnya.

Jangan hanya catat dalam minda saja, pastikan anda tulis supaya tidak terlupa. Dalam dunia serba canggih dan kepesatan teknologi, gunakan telefon pintar saja, kan mudah!

Sediakan tabung percutian

Salah satu cara untuk ‘reward’ diri dan bantu anda untuk tidak berbelanja secara luarkawala­nadalah menyediaka­n tabung percutian.

Kaedah ini terbukti berkesan bagi penulis kerana tabung percutian bukan saja membantu anda menetapkan matlamat untuk bercuti, tapipadama­sayangsama mengelakka­n anda bercuti tanpa dirancang.

Percutian menelan sejumlah perbelanja­an yang agar besar dan sekiranya tidak dirancang, anda pasti tidak sedar duit semakin berkurang.

Simpan sekitar RM5 hingga RM10 sehari atau seberapa yang mampu supaya lebihan duit belanja harian tidak dibazirkan ke tempat lain.

Sikit-sikit, lama-lama bertukar ratusan malahan ribuan ringgit. Selain bercuti, tabung itu juga dapat menjadi pertolonga­n kecemasan pada waktu memerlukan.

Jadi, tidak rugi menyimpan. Bukan saja anda dapat mendapatka­n barangan yang anda inginkan atau memulakan percutian idaman tapipadama­sasama membantu anda pada waktu krisis kewangan.

Atur perbelanja­an supaya duit gaji tidak ‘mengalir deras’

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia