Harian Metro

Miliki kepakaran luar biasa

-

Baru-baru ini, penulis dibawa terbang bersama

120 wakil media tempatan, Singapura, Brunei dan Indonesia ke Korea Selatan untuk memeriahka­n Sambutan Ulang Tahun Ke40 Cuckoo. Turut bersama rombongan adalah pasukan elit dan kakitangan Cuckoo Asia Tenggara serta 12 pemenang bertuah peraduan laman Facebook yang diperkenal­kan sebelumnya.

Dengan jumlah peserta sebanyak 526 orang, ia menjadi sambutan terbesar dalam sejarah ulang tahun jenama itu. Pengembara­an sepanjang tujuh hari di

Korea Selatan membawa peserta menyaksika­n sendiri perkembang­an terkini Cuckoo sambil menikmati seni budaya, tempat bersejarah dan hidangan tempatan yang enak.

Bermula di Yangsan, Busan, rombongan dibawa melawat ke loji kedua

Cuckoo yang menghasilk­an pelbagai jenis periuk serba guna untuk pasaran global. Menariknya, loji ini mempunyai kekuatan

450 belia berusia antara 24 hingga 25 tahun.

Menurut Pengarah Eksekutif Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) jenama itu, Lee Chang Ryong, kilang berkenaan mampu menghasilk­an kira-kira 300,000 periuk nasi sebulan atau purata 11,000 sehari.

Golongan belia bagaimanap­un dipilih bagi memastikan setiap tugas diberi lancar, hasil kerja teliti dan tangkas, selain bertujuan memberi pendedahan serta berkongsi pengalaman sebelum kelompok berkenaan menceburi bidang pekerjaan sebenar.

“Kami sentiasa komited membuat banyak penyelidik­an dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap keluaran Cuckoo memenuhi kehendak serta keperluan pengguna di serata dunia.

“Di loji kedua Yangsan saja, lapan jenis kumpulan produk dihasilkan. Semua produk yang siap dipasang akan melalui proses kawalan kualiti sebelum diluluskan,” katanya.

Loji kedua mempunyai kekuatan 450 belia berusia antara 24 hingga 25 tahun

Melihat sendiri proses penghasila­n produk bermula dengan pemasangan tapak, wayar, bahagian periuk hingga, peranti elektronik hingga penghasila­n papan induk, ternyata Cuckoo mempunyai kepakaran luar biasa dalam menghasilk­an produk bertaraf antarabang­sa.

Pada acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-40 jenama itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Korea Brian Koo dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia KC Hoe, masingmasi­ng mengumumka­n kejayaan Cuckoo sepanjang 2017.

Suasana harmoni bertukar gamat apabila selebriti popular Korea Selatan, Lee Seung-gi diumumkan sebagai duta jenama antarabang­sa terbaru. Penyanyi, pelakon, pengacara dan penghibur itu kemudian muncul dengan persembaha­n pentas dan menghiburk­an tetamu menerusi dua lagu barunya.

Pada majlis berasingan, Seung-gi turut berkongsi pandangan peribadi dengan wakil media mengenai penapis air beralkali ringan terbaru Cuckoo, Prince Top.

Bagaimanap­un, sepanjang tujuh hari, jenama itu berjaya membuktika­n sendiri moto syarikat berkenaan, Beyond Standards. Setiap produk, usaha, perancanga­n, hasil hinggalah kepada kejayaan yang digapai, Cuckoo benar-benar melangkaui standard!

 ??  ?? WAKIL media dibawa melawat pasaran Cuckoo di Korea Selatan.
WAKIL media dibawa melawat pasaran Cuckoo di Korea Selatan.
 ??  ?? ANGGOTA media bergambar kenangan.
ANGGOTA media bergambar kenangan.
 ??  ?? BRIAN Koo (kiri) ketika mengumumka­n perkembang­an Cuckoo ke Indonesia, India dan Vietnam.
BRIAN Koo (kiri) ketika mengumumka­n perkembang­an Cuckoo ke Indonesia, India dan Vietnam.
 ??  ?? SEUNG-gi berkongsi pandangan mengenai produk Cuckoo.
SEUNG-gi berkongsi pandangan mengenai produk Cuckoo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia