Harian Metro

Tawarkan ganjaran

-

promosi farmasi ini.

Di skrin ‘HOME’ aplikasi, pengguna boleh mengakses berita terkini mengenai kesihatan dan pemakanan, yang disediakan pakar kesihatan.

Pelbagai berita mengenai pameran bergerak biasa, pemeriksaa­n kesihatan percuma, ceramah dan bengkel percuma juga tersedia di skrin ini. Usaha ini sejajar dengan langkah penguranga­n penggunaan kertas yang secara tidak langsung menyokong usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

Walaupun farmasi ini mempunyai 114 cawangan di seluruh negara (dan akan ditambah bilanganny­a), masih ada pengguna yang tercaricar­i di mana lokasi Farmasi CARiNG yang terdekat. Justeru, butang ‘Lokasi’ dalam aplikasi ini membolehka­n pengguna mencari cawangan terdekat dan menyimpan cawangan kegemaran mereka untuk rujukan masa depan.

Manakala butang ‘Baucer’ ? pula memaparkan semua baucar dan butiran pengguna yang tersedia, jadi anda tidak perlu lagi untuk menyimpan dan menguruska­n beberapa baucar secara fizikal pada satu masa. Jangan bimbang untuk mencari baucar yang hilang atau membiarkan­nya tamat tempoh.

Pada hari ulang tahun mereka, pengguna diberi ganjaran dengan baucar hari jadi sebanyak RM5 dan juga menerima tiga kali mata ganjaran kelahiran untuk semua pembelian.

Sebagai kad kesetiaan elektronik, aplikasi ini memberi faedah kad biasa tanpa kerumitan dan bagasi. Klik pada butang ‘Ahli’ aplikasi ini akan mendedahka­n nombor keahlian pengguna, kod bar untuk pengimbasa­n dan mata ganjaran terkumpul bagi penebusan.

Butang ‘EStore’ pula mengarahka­n pengguna terus ke kedai dalam talian Farmasi CARiNG supaya pengguna boleh membelibel­ah dalam suasana damai dan selesa di rumah. Menyedari ramai pengguna mempunyai pelbagai kad keahlian kesetiaan, Pengarah Urusan Pengurusan Runcit Farmasi CARiNG Sdn Bhd, Chong Yeow Siang berkata, kad ini membolehka­n pengguna membeli barang keperluan pada bilabila masa dan di mana sahaja.

“Dengan pelancaran aplikasi ini, kami berharap dapat berada lebih dekat dengan pelanggan di samping memberikan perkhidmat­an dan produk terbaik sambil memberikan ganjaran sebagai penghargaa­n kepada mereka,” kata Chong.

Pada pelancaran itu, pelbagai jenama seperti

Tiger Balm, Allergan, Scotts, Blackmores, Dermareen, Avene, QV, Splat, Jordan, Cypress Medi, GoodMornin­g, Body Buddy, Hiruscar and Brand’s turut mengambil bahagian mempamerka­n produk mereka.

Pelakon dan pengacara TV, Dynas Mokhtar, DJ radio 988 dan pengacara

8TV, Cheryl Lee Xin Yi turut hadir memeriahka­n acara serta berkongsi pengalaman menggunaka­n Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG. Menurut Dynas, penggiat pemulihara­an alam sekitar, dia gembira dengan adanya aplikasi yang tidak menggunaka­n kertas untuk risalah promosi dan kad plastik yang berakhir di tapak pelupusan sampah.

Maklum balas positif disuarakan juga oleh

Cheryl yang mengakui mempunyai banyak kad keahlian yang tidak digunakan dan tidak mendatangk­an keuntungan. Namun aplikasi ini menjadi nafas baru kerana ia menangani masalah utama dengan kad keahlian dan malah ia juga memberi pengguna banyak bonus melalui mata ganjaran.

Buat pelanggan setia Farmasi CARiNG, jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai kemudahan dengan memuat turun aplikasi ini.

 ??  ?? DARI kiri penyampai radio dan pengacara 8TV Cheryl Lee Xin Yi bersama Chong dan pelakon Dynas pada majlis pelancaran Program Keahlian Regular CARiNG baru-baru ini.
DARI kiri penyampai radio dan pengacara 8TV Cheryl Lee Xin Yi bersama Chong dan pelakon Dynas pada majlis pelancaran Program Keahlian Regular CARiNG baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia