Harian Metro

Pencarian harta karun hargai kelestaria­n hutan

-

Hutan adalah khazanah alam amat berharga yang perlu dipulihara dan diurus dengan baik untuk memastikan kelangsung­an peranan serta sumbangann­ya kepada kesejahter­aan kehidupan.

Khazanah ini juga yang membentuk tadahan air semula jadi, kawasan perlindung­an hidupan liar dan sebagai pusat pengeluara­n produk berasaskan hutan terutama perubatan herba.

Agak terkilan apabila segelintir masyarakat tidak pernah memahami peranan hutan dan keperluan sumbernya yang perlu dipertahan­kan sehingga ke generasi seterusnya.

Bagi mendidik masya rakat berterusan memelihara dan menghargai khazanah hutan kita, pengeluar produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi, Lovera Malaysia, menganjurk­an pertanding­an mencari harta karun yang menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000.

Uniknya, pertanding­an ini membolehka­n peserta menjelajah hutan di sekitar Lembah Klang bagi mencari wang ganjaran berkenaan yang disimpan dalam peti sebelum ditanam di satu daripada hutan berkenaan.

Pengasasny­a, Diena Wong berkata, pertanding­an berkenaan yang dimulakan sejak Februari lalu membabitka­n bebera pa petunjuk penting yang perlu dikumpul peserta sebelum pencarian tamat di lokasi terakhir iaitu tempat wang ganjaran berkenaan ditanam.

“Peserta perlu mendaftar dengan menghantar maklumat diri ke peti masuk Facebook Lovera Malaysia. Mereka yang berjaya mendaftar akan menerima petunjuk berbentuk soalan atau tekateki.

“Soalan diberikan secara asasnya mengenai penjagaan kesihatan kulit daripada bahan semula jadi, namun peserta juga diminta melakukan tugasan dan bukti bergambar bagi menunjukka­n tugasan itu selesai dilakukan,” katanya yang menjangka pertanding­an berakhir sekitar Mei ini.

Menurut Diena, hutan dipilih sebagai konsep dalam pertanding­an itu kerana ia selaras dengan hasrat syarikat yang menggunaka­n bahan daripada alam semula jadi sebagai inspirasi penghasila­n produk dengan mengete ngahkan pelbagai manfaat tumbuhtumb­uhan dan bungabunga­an.

“Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahter­aan kehidupan, malah manusia juga banyak bergantung kepada sumber semula jadi di muka bumi ini.

“Apatah lagi kini kian ramai mengubah gaya hidup ke arah konsep kehijauan demi kesihatan yang lebih baik. Oleh itu, kami memilih aktiviti yang dapat membawa masyarakat kembali ke alam semula jadi sebagai satu bentuk kesedaran untuk menghargai alam sekitar,” katanya.

 ??  ?? WANG hadiah bernilai RM10,000 ditanam dalam hutan di Lembah Klang.
WANG hadiah bernilai RM10,000 ditanam dalam hutan di Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia