Harian Metro

Sokongan sejagat usaha pulihara bumi

-

Seramai 170 kakitangan Samsung Malaysia Electronic­s (Samsung) menyertai program tahunan World Wide Fund for Nature (WWF)-Malaysia, Earth Hour Night Walk sejauh

2.5 kilometer, 24 Mac lalu, sebagai tanda sokongan melindungi planet ini.

Pada masa sama, Samsung turut mengumumka­n penyertaan sebagai penaja korporat rasmi untuk WWF-Earth Hour Malaysia bagi 2018.

Presidenny­a, Yoonsoo Kim berkata, setiap tahun seluruh dunia bersatu untuk menyuaraka­n sokongan sejagat terhadap usaha memulihara bumi.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada misi WWF dalam meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n memulihara planet ini.

“Usaha ini seiring dengan visi Samsung yang menggalakk­an perkembang­an dan komuniti mampan untuk mewujudkan dunia yang lebih baik.

“Earth Hour 2018 dianjurkan WWF ini bertujuan mencetuska­n dan meningkatk­an kesedaran alam sekitar terhadap perubahan alam sekitar dan biodiversi­ti.

“Samsung mengiktira­f kepentinga­n pemulihara­an WWF, sejajar dengan strategi kami dalam memacu kecekapan dan penjimatan tenaga yang lebih besar di persekitar­an syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kim, dengan penyertaan kakitangan Samsung dalam program tahunan Earth Hour ini dapat membina momentum masa depan dan gaya hidup lebih positif.

Harapannya, inisiatif berkenaan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk bersama-sama menjaga kesinambun­gan ekologi dan melindungi bumi.

 ??  ?? SAMSUNG menjadi penaja korporat rasmi bagi program tahunan WWF-Earth Hour Night Walk.
SAMSUNG menjadi penaja korporat rasmi bagi program tahunan WWF-Earth Hour Night Walk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia