Harian Metro

300 usahawan terpilih mula bisnes modal RM3,000

-

Seramai 300 bakal usahawan di Sabah terpilih bagi menyertai program Biz Fair anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) sekali gus menerima modal permulaan perniagaan RM3,000 baru-baru ini.

Menjadi siri kedua program Biz Fair selepas

Batu Kurau, Perak, bakal usahawan ini dipilih selepas berjaya dalam sesi temu duga diadakan sebelum ini.

Dalam ucapan perasmian Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Fair Peringkat Negeri Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, usahawan yang terpilih diminta memanfaatk­an bantuan kewangan diterima untuk terus maju dalam dunia perniagaan diceburi.

Sebanyak 10 industri yang digariskan SSM untuk dipelopori bakal usahawan termasuk jualan air minuman, perkhidmat­an DJ perkahwina­n, menjahit, membaik pulih rumah, gerai burger, pembuatan kuihmuih, perusahaan perabot, fotografi, perusahaan nurseri dan bakeri.

Dalam acara yang sama, Najib turut menyerahka­n zakat korporat SSM berjumlah RM200,000 dan sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) #SSMPrihati­n sebanyak RM200,000 kepada Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Panglima Musa Aman.

Zakat berkenaan akan diagihkan kepada 1,000 asnaf termasuk beberapa surau dan masjid di sekitar Sabah.

Manakala sumbangan

CSR pula diserahkan kepada 2,000 penduduk tempatan yang layak menerima bantuan.

Sementara itu, penganjura­n siri Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) ke-31 siri di Sabah berjaya menarik perhatian 75,000 pengunjung.

Siri PJSR yang dilancarka­n sejak 20 Januari lalu, bertujuan membantu pengguna mendapatka­n barangan keperluan asas dan harian pada harga lebih murah berbanding harga pasaran setempat sebanyak lima hingga 20 peratus, seperti ayam, beras, minyak masak, gula, tepung dan hasil laut.

Berjaya mengadakan

458 siri di seluruh negara, program tidak bermusim yang menggunaka­n model perniagaan ini dapat membantu menangani isu kos sara hidup, serta berkesan mempengaru­hi harga barangan secara kompetitif sekali gus menurunkan harga barangan di sebahagian kawasan.

 ??  ?? ANTARA yang hadir pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Fair Peringkat Negeri Sabah.
ANTARA yang hadir pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Fair Peringkat Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia