Harian Metro

Ronnie bawa selera berbeza Ronnie

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Resam mencuba sesuatu yang baru, pasti mengambil masa untuk disukai ramai.

Namun, itulah cabaran yang perlu diterima tatkala mahu mencipta kelainan ketika majoriti memilih merasai selera sama.

Begitu juga yang dilalui penyanyi Ronnie Hussein yang popular dengan lagu Dikoyak Waktu.

Bekas penyanyi Hyper Act ini muncul dengan single baru berjudul Pesimismu berentak ala pop elektronik ciptaan Kencana dan lirik oleh Adam Iskandar pada Januari lalu.

“Peminat sudah biasa mendengar saya membawa lagu berentak balada. Saya akui lagu baru ini berbeza sebab ia bukanlah jiwa saya.

“Namun, saya fikir perlu ada lagu rancak seperti ini untuk beri selera berbeza kepada pendengar dan peminat saya,” katanya yang turut berpuas hati dengan sambutan diterima daripada beberapa stesen radio.

Ada juga netizen mendakwa lagu baru ini sudah mula diperdenga­rkan di luar negara seperti di Moscow, Russia.

Ronnie berkata, ketika penyanyi muda lain memilih lagu balada untuk halwa telinga pendengar, lagu ini pastinya memberi nafas baru kepada suasana muzik tempatan.

Bagi merancakka­n lagi promosi lagu ini, dia mendakwa bakal muncul dengan video muzik yang mempunyai elemen disko tidak lama lagi.

Dia berharap peminat setianya dapat menerima pembaharua­n ini sebagai salah satu langkah memastikan kelangsung­annya di dalam industri muzik di saat kebanjiran ramai penyanyi muda sedari ini.

Dalam pada itu, Ronnie turut mengakui kafe miliknya yang menjual makanan Barat, mi rebus dan macam-macam lagi di medan selera di sebuah pasar raya di Johor disabotaj pihak tertentu.

“Mungkin ada yang tidak suka saya berniaga dan pernah jadi mangsa hasad dengki pihak tidak bertanggun­g jawab yang cuba menganiaya saya.

“Mereka cuba sabotaj menggunaka­n ilmu hitam sehingga saya terpaksa menutup perniagaan,” katanya.

Katanya, pada peringkat awal dia memang tidak percaya situasi itu berlaku pada dirinya.

Namun, selepas berbincang dengan keluarga dan enggan mematahkan semangat diri serta insan tersayang terutama isteri, dia cuba berikhtiar melalui cara perubatan Islam.

Selepas melakukan segala usaha itu, barulah perniagaan­nya kembali lancar dan kini berjaya membuka tiga lagi premis sejak Mac lalu.

Ronnie yang mula mengusahak­an Ibunda Seafood sejak 2009 ini berkata, dia mempunyai minat mendalam terhadap bidang perniagaan dan berpendapa­t keuntungan bukanlah misi utama.

“Berniaga tidak boleh fikir pasal untung saja tetapi perlu amalkan konsep sedekah. Saya mahu berkongsi rezeki dengan orang lain supaya pendapatan diperoleh lebih mendapat berkat.

“Sebagai peniaga, saya tidak boleh kedekut dengan pelanggan dan apabila terima pesanan, saya sering lebihkan kuantiti makanan,” katanya.

Apatah lagi, dia akui kebanyakan pelanggan yang datang ke kedainya adalah penuntut universiti yang tinggal berdekatan.

Pada masa ini, Ronnie cukup beruntung kerana dia kini sudah memiliki lebih 20 orang pekerja.

Tampil single baru berjudul

Pesimismu berentak ala pop elektronik

 ?? FOTO: ?? Peminat sudah biasa mendengar saya membawa lagu berentak balada. Saya akui lagu baru ini berbeza sebab ia bukanlah jiwa saya
FOTO: Peminat sudah biasa mendengar saya membawa lagu berentak balada. Saya akui lagu baru ini berbeza sebab ia bukanlah jiwa saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia