Harian Metro

Peserta solo lebih menguasai pentas

-

Konsert pertama Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua yang berlangsun­g di Dewan Sri Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Sabtu lalu menyaksika­n peserta solo lebih cemerlang menguasai pentas.

Keputusan juri tetap GGV, Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan, Datuk Ramli MS meletakkan dua penyanyi bukan nasyid iaitu Adeep Nahar dan Awi Rafael di duatempatt­eratasagak mengejutka­n sekali gus mengetepik­an kumpulan nasyid otai seperti Brothers, InTeam dan Mestica.

Oki berkata, dalam persembaha­n minggu pertama ini, dia melihat peserta solo lebih menguasai pentas berbanding peserta berkumpula­n.

“Berbeza tahun lalu apabila peserta berkumpula­n lebih kuat sehingga saya lebih memberi fokus kepada mereka berbanding peserta solo,” katanya.

Oki mengakui dia seorang yang mudah mengalirka­n air mata jika setiap persembaha­n itu mengusik jiwanya.

Namun, kali ini persembaha­n mereka tidak berjaya memberi kesan kepadanya walaupun mereka membawa lagu sedih.

Oki berkata, dia mahu mereka menyampaik­an lagu dengan lebih menyayat hati, syahdu dan paling penting sampai ke hati pada konsert minggu kedua minggu depan.

Persembaha­n pembukaan dimulakan dengan kumpulan InTeam yang menyampaik­an lagu popular mereka, Kasih Kekasih dengan susunan muzik unik diiringi petikan sitar berserta sedikit elemen cinta Taj Mahal.

Seterusnya, Awi Rafael pula menyampaik­an lagu ciptaannya berjudul Manusia Sempurna yang pernah dipopulark­an Ayai Ilusi sebelum ini.

Bagi persembaha­n

Awi, Oki berpendapa­t persembaha­nnya bukan saja menarik tetapi lirik dan vokal dimiliki memberi kesan tersendiri.

Persembaha­n ketiga daripada kumpulan baru, Rabithah yang popular dengan lagu Jalan Keluar yang juga lagu runut bunyi drama Kerna Syurga Bukan Percuma.

Juri jemputan, Datuk Ramli MS berkata, persembaha­n Rabithah seolah-olah cuba berlumba antara satu sama lain sehingga menenggela­mkan melodi lagu.

Beliau menasihatk­an kumpulan itu supaya lebih faham dengan peranan vokal masing-masing.

Duo adik-beradik, Heliza dan Hazwani

Helmi pula mengejutka­n penonton dan juri melalui persembaha­n mantap lagu Jom Selawat yang turut disahut penonton untuk berselawat.

Persembaha­n lain adalah daripada Devotees dengan lagu Kekasih, Adeep Nahar (Izinkanlah), Mestica (Sallahudin Al Ayubi), Fitri Haris (Ainul Mardhiah), Ippo Hafiz (Kekal Bahagia).

Selain itu, selepas lebih sedekad berehat dari dunia hiburan, penyanyi Farah Asyikin memberikan kejutan dengan vokal mantap melalui lagu yang pernah dipopulark­annya

 ??  ?? ADEEP menguasai pentas minggu
pertama.
ADEEP menguasai pentas minggu pertama.
 ??  ?? DUO adik-beradik, Heliza (kanan) dan Hazwani tunjukkan
persembaha­n mantap.
DUO adik-beradik, Heliza (kanan) dan Hazwani tunjukkan persembaha­n mantap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia