Harian Metro

AYIE HILANG FOKUS

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Memasuki pertarunga­n musim kedua kelmarin, masih banyak perlu diperbaiki peserta Mentor Otai jika dinilai secara keseluruha­n daripada persembaha­n mereka.

Menjadi peserta pertama tersingkir, protege Sarah Raisuddin iaitu Ayie yang menyanyika­n lagu Puncak Kasih (Ziana Zain) jelas bertarung dengan rasa gugup.

Dia dilihat hilang fokus sekali gus meranapkan impian memberi persembaha­n berkesan.

Turut berada di kedudukan dua terbawah, protege Misha Omar iaitu Elvira pula salah percaturan memilih lagu berentak keroncong.

Mendendang­kan Selamat Tinggal Bungaku (Datuk Ahmad Jais), nyanyianny­a kedengaran kasar dan kurang lenggok.

Begitu juga peserta lain seperti Azran. Walaupun berpengala­man dalam nyanyian tetapi gagal mempamerka­n identiti sendiri.

Walaupun berjaya mengagumka­n juri tetap Edry Abdul Halim, tetapi tetap menyifatka­n Azran terlalu meniru Goo Goo Dools yang juga penyanyi asal lagu Iris.

Alina yang menjadi antara peserta kegemaran juga tidak berjaya memberikan persembaha­n bertenaga.

Menyanyika­n lagu Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak), nyanyianny­a seakan tidak cukup bertenaga.

Dua protege Tam

Spider iaitu Irwan yang menyanyika­n Seribu

Kali Sayang (Iklim) dan AJ dengan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits) menunjukka­n persembaha­n sederhana.

Memiliki kekuatan daripada segi vokal, bagaimanap­un ia masih kurang di beberapa bahagian.

Protege Zarul

Umbrella iaitu Lokman yang menyanyika­n lagu Yang Sedang Sedang Saja (Iwan) boleh dikatakan menyakinka­n.

Berjaya menghangat­kan suasana dengan lagu irama dangdut, bagaimanap­un menurut Edry masih banyak perlu diperbaiki­nya.

Satu-satunya peserta yang cukup menyakinka­n dan cemerlang ialah Azee menerusi lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah).

Tona suaranya yang cukup unik sudah meletakkan dia sebagai antara pesaing kuat.

Dua juri tetap Edry dan Mark Adam bersetuju penyampaia­n Azee malam itu sangat berjaya. Bahkan, menurut Mark kemampuann­ya boleh menempatka­n dia di pentas antarabang­sa.

“Kalau dengan nyanyian sebegini, kamu boleh bertanding di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Tidak mengejutka­n, Azee sekali gus dinobatkan Persembaha­n Terbaik pada minggu berkenaan.

Sementara itu, Tam selalu Mentor berkata, dia sentiasa ternanti apa komen daripada juri tetap yang sangat penting untuk diambil kira.

Katanya, tiada apa perlu dipertikai memandangk­an juri yang dipilih pasti arif dan tahu menilai segala elemen dalam setiap persembaha­n peserta.

“Juri akan melihat apa yang diberikan peserta di pentas pada hari sebenar. Mereka tidak akan mengambil kira latar belakang atau persembaha­n mereka yang lepas-lepas.

“Jadi, saya setuju dengan apa juga mereka kemukakan berdasarka­n pengamatan terhadap persembaha­n itu. Mungkin ada yang kami sendiri tidak perasaan tapi di situlah komen mereka memainkan peranan,” katanya.

Mentor Otai bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan dihoskan penyanyi Elly Mazlein dan Haziq HOT FM. Juara Mentor Otai bakal membawa pulang wang tunai RM100,000.

 ??  ?? AZEE dinobatkan persembaha­n terbaik dan dipuji juri tetap.
AZEE dinobatkan persembaha­n terbaik dan dipuji juri tetap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia