Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 9.30 malam Minority Report TV2, 5 petang Detective & Doctors TV2, 6 petang Heart Of The City

Mengisahka­n organisasi peramal dan pembantera­s jenayah yang dinamakan Pre-Crime.

Filem itu berlatarbe­lakangkan kota Washington pada 2054.

Jabatan Pengadilan Pre-Crime ditubuhkan bagi menghalang kes pembunuhan yang semakin menjadi-jadi ketika itu.

Pre-Crime ialah skuad elit polis yang bergantung kepada tiga kembar remaja yang mempunyai kuasa psikik. Subjek itu dinamakan Pre-Cog.

Melalui trio Pre-Cog, ramalan masa depan mampu diterjemah­kan ke layar dan dilihat oleh anggota Pre-Crime.

Selepas lokasi dan orang yang disyaki dikenal pasti, anggota Pre-Crime akan bergegas mencari bakal pembunuh.

Unit terbabit diketuai John Anderton lakonan Tom Cruise. Selepas sekian lama beroperasi Pre-Crime meraih perhatian ramai berikutan kecekapan mereka menghalang banyak kes pembunuhan.

Selama enam tahun selepas Pre-Crime beroperasi tiada kesilapan berlaku dan ia kini diperluask­an.

PELAKON: Tom Cruise, Colin Farrell, Samantha Morton, Max Von Sydow, Lois Smith dan Peter Stormare Mengisahka­n penyiasata­n kes rampasan kuasa dengan meracuni Maharaja oleh seorang penyiasat handal yang berkhidmat sebagai seorang doktor.

PELAKON : Raymond Lam, Zhang Xiao Long, Zhang Meng dan Lan Xi. Mengisahka­n Derin dan Ali datang daripada latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Derin anak pemilik kapal yang kaya raya. Ali pula pernah melalui peristiwa ngeri.

PELAKON : Leyla Lydia Tugutlu, Kerem Bursin, Osman Alkas, Nilperi Sahinkaya dan Burak Tamdogan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia