Harian Metro

Tidak habis-habis kaitkan orang

-

Kisah artis lelaki mulut jahat yang suka bergaduh dan melaga-lagakan orang ini bukan perkara baru. Cuma yang kurang seronoknya, dia cuba mengaitkan artis lain untuk menyokongn­ya bagi memperliha­tkan seolaholah dia saja yang betul.

Baru-baru ini, dia sekali lagi bersiaran secara langsung di laman sosial untuk menyerang artis yang dianggap musuhnya dan pada masa sama, mengajak seorang artis wanita untuk sama-sama ‘online’ menghentam artis itu.

Mujurlah artis wanita itu sibuk dengan aktiviti lain dan tak berada dalam talian, sekali gus menggagalk­an usaha artis lelaki tadi untuk mencari individu yang menyokongn­ya.

Sudahnya, terkial-kial dia bersiaran seorang diri menghentam artis yang dianggap musuhnya itu.

Kebetulan seorang rakan SS sempat berbalas mesej dengan artis wanita itu dan bertanya apa yang sebenarnya berlaku kerana setahunya artis wanita terbabit tak pernah bermusuh dengan manamana artis lain.

Terkejut artis itu membaca mesej yang dihantar kerana langsung tak tahu-menahu berkenaan siaran langsung yang dibuat artis lelaki berkenaan. Bagaimanap­un, dia bersyukur kerana jadual kerja yang padat menghalang­nya untuk melayan laman sosial.

Wah...melampauny­a permainan artis lelaki itu. Rupa-rupanya ini taktik untuk dia nampak betul dan orang lain sentiasa salah. Kalau begitu, sesuai sangatlah dia balik ke kampung halamannya daripada menjadi parasit yang memburukka­n industri hiburan.

SS: Kagum dengan beberapa artis kita yang mula berubah ke arah kebaikan dan melakukan perkara positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia