Harian Metro

Artis lelaki tunjuk sombong

-

Seorang peminat dunia hiburan mengadu kepada SS berkenaan seorang artis lelaki yang dilabel sebagai sombong atau dalam bahasa pasar sekarang ‘kekwat’.

Menurut peminat itu, artis terbabit menghadiri satu program yang berlangsun­g di utara tanah air, baru-baru ini. Artis itu diundang mempromosi­kan drama terbaru lakonannya yang kini rancak disiarkan di sebuah stesen TV.

Biasalah, namanya pun peminat, apabila nampak artis depan mata pasti teruja mahu bergambar. Lagipun, peluang begini bukan datang selalu.

Malangnya, artis itu seakan-akan tak nampak peminat yang berada di sekeliling­nya. Sudahlah bersikap acuh tak acuh, wajahnya pun masam mencuka. Apa salahnya jika beramah mesra dengan peminat?

Bayangkan, peminat bersusah payah hadir memberikan sokongan terhadap artis itu tetapi hampa dilayan sedemikian rupa. Hakikatnya, artis itu bukanlah popular mana pun, zaman gemilangny­a sudah lama berakhir.

Tak rugi pun maniskan wajah dan ringankan mulut melayan pertanyaan peminat. Perlu diingat, kalau tiada peminat kerja seninya pasti takkan bertahan hingga sekarang.

SS harap artis itu ubah sikapnya. Lagipun, dia bukan orang baru yang perlu diajar itu ini. Fikirlah sendiri mana yang terbaik untuk kelangsung­an kariernya sebelum dilupakan peminat.

SS: Murah dengan senyuman kerana ia bukan saja buat wajah bertambah manis malah bagus untuk jiwa dan minda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia