Harian Metro

123 sokong 64 tentang

- Mohd Anwar Patho Rohman, Nur Ain Mohamed Radzi, Ahmad Suhael Adnan dan Siti Nur Mas Erah Amran news@nstp.com.my

 Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 lulus

Menteri atau kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan yang akan dikenakan terhadap pihak yang disabitkan kesalahan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sebaliknya berkata, semua hukuman dan tindakan yang disabitkan mengikut akta itu ditentukan mahkamah dan bebas daripada ‘pendakwaan berpilih’.

Beliau turut menegaskan, RUU itu juga bukan ‘akta drakonian’ atau kejam kerana ia bermatlama­t melindungi orang awam daripada menjadi mangsa penyebaran berita tidak benar dan pada masa sama menjamin kebebasan bersuara.

“Ini bukan undang-undang yang mana pemerintah, kerajaan atau menteri yang membuat keputusan. Undang-undang ini diwujudkan supaya mana-mana pihak yang menjadi mangsa kesalahan berita palsu boleh pergi ke mahkamah memohon ‘interim order’ (perintah mahkamah).

“Ia

bagi membolehka­n mahkamah mengeluark­an perintah supaya berita itu diturunkan (tidak disiarkan),” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat, semalam. RUU itu diluluskan dengan pindaan menerusi proses undi belah bahagi apabila G Manivannan (DAP-Kapar) meminta usul undi belah bahagi dilakukan. Keputusan undian itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan 123 Ahli Parlimen menyokong, manakala 64 lagi tidak menyokong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut berada dalam dewan ketika proses undi belah bahagi dijalankan.

Azalina mengambil masa lebih dua jam untuk menggulung perbahasan itu yang berlangsun­g pada Khamis lalu dan disambung semalam.

Seramai 48 Ahli Parlimen mengambil bahagian membahaska­n usul berkenaan.

Pindaan itu adalah menggantik­an perkataan ‘mengetahui’ pada Fasal 4 kepada ‘dengan berniat jahat’ dan penguranga­n hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam tahun pada Fasal 5.’

Azalina turut menyangkal dakwaan Ahli Parlimen pembangkan­g yang mendakwa RUU itu diperkenal­kan kerajaan secara tergesa-gesa dan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia