Harian Metro

KeTTHA sangkal dakwaan Azmin

- Mohd Iskandar Ibrahim news@nstp.com.my

Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menolak dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya Kerajaan Persekutua­n enggan menyerahka­n Logi Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

KeTTHA dalam satu kenyataan berkata, penyerahan separa

LRAL2 oleh Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) kepada Air Selangor hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri memuktamad­kan skim penstruktu­ran bekalan air di negeri itu.

“Kerajaan Persekutua­n melihat penstruktu­ran bekalan air adalah jalan terbaik bagi membolehka­n PAAB membangunk­an aset air bagi menangani isu rizab margin air terawat yang rendah di Selangor iaitu antara kosong hingga tiga peratus.

“Adil bagi PAAB sebagai pemilik LRAL2 mengutip balik pelaburan RM3.7 bilion bagi pembinaan loji itu melalui sewa pajakan yang dibayar Air Selangor,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor juga perlu komited membayar balik pinjaman PAAB berjumlah RM1.6 bilion bagi pengambil alihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium ABASS Sdn Bhd dan RM6 bilion Water Bond Selangor.

Justeru, kerajaan negeri perlu segera memuktamad­kan penstruktu­ran semula bekalan air supaya rakyat Selangor dapat menikmati air bersih berjumlah 565 juta liter sehari (JLH) yang dibekalkan LRAL2, sekali gus meningatka­n rizab margin air terawat di Selangor.

“Bekalan air di Selangor dapat diuruskan dengan lebih cekap melalui kawal selia oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) serta membolehka­n Air Selangor sebagai pemegang Lesen Perkhidmat­an dapat menumpukan perhatian kepada kecekapan operasi, kewangan dan peningkata­n kualiti perkhidmat­an kepada pengguna,” katanya.

Mohamed Azmin pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, 28 Mac lalu mendakwa Kerajaan Persekutua­n menghalang Selangor membekal air terawat kepada pengguna.

Mohamed Azmin pada sidang DUN itu berkata, Kerajaan Persekutua­n membuat keputusan pada 20 Mac lalu tidak membenarka­n air terawat LRAL2 dibekalkan oleh

Air Selangor kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Putrajaya: Seramai 40 belia autisme akan memulakan latihan enam bulan bermula pertengaha­n Ogos ini di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang dan IKTBN Dusun Tua, sebagai persediaan buat mereka sebelum memasuki dunia pekerjaan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali berkata, program itu membabitka­n bidang teknologi maklumat dan hospitalit­i yang julung kali dilaksanak­an kementeria­n bersama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

“Program itu turut dilaksanak­an dengan kerjasama syarikat korporat Mydin dan Standard Chartered manakala, remaja autisme itu dipilih selepas melalui sesi temu duga.

“Sebagai permulaan, ia membabitka­n 40 belia autisme dan berharap jumlah berkenaan dapat ditingkatk­an berdasarka­n bajet pada tahun akan datang,” katanya pada sidang media sambutan Hari Kesedaran Autism@Rimau Cafe 2018 di sini, semalam.

Turut hadir, Penaung Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementeria­n Belia dan Sukan, Nori Abdullah dan Pengerusi NASOM, Feilina Muhamad Feisol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia