Harian Metro

24 hari diasak

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

 Pemeriksaa­n balas terhadap Wan Azizul selesai

Selepas 24 hari ‘diasak’ peguam dua tertuduh dalam kes perbicaraa­n kes bunuh Kim Chol atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, pemeriksaa­n balas terhadap Pegawai Penyiasat Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, selesai di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Sepatutnya, pemeriksaa­n semula bermula semalam. Bagaimanap­un, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad memohon ia bermula hari ini bagi membolehka­n pihaknya meneliti soalan dan dokumen terlebih dulu.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membenarka­n permohonan itu.

Terdahulu menjawab soalan peguam Salim Bashir yang mewakili Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam, beliau menafikan siasatan dijalankan­nya tidak lengkap, prejudis dan tidak adil.

Beliau bagaimanap­un bersetuju bahawa terdapat kekangan kerana ia membabitka­n kes berprofil tinggi NARAN: Setuju dengan saya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sengajanya tidak mengambil langkah yang perlu untuk membawa empat lagi tertuduh? WAN AZIRUL NIZAM: Saya tidak setuju.

Empat lelaki itu adalah empat warga Korea Utara iaitu Hong Song Sac (Mr Chang), 34, Ri Ji Hyon (Mr Y), 33, Ri Jae Nam (Hanomori), 57, dan O Jong Dil (James), 55, yang dituduh bersama dengan Doan, 29, dan Siti Aishah, 26, warga Indonesia.

NARAN: PDRM sudah mengambil semua langkah untuk siasat kes ini?

WAN AZIRUL NIZAM: Ya, benar.

NARAN: Selain kamu menghantar surat kepada Interpol, kamu tidak mengambil langkah lain untuk kesan empat orang itu sehingga hari ini?

WAN AZIRUL NIZAM: Saya setuju.

yang memerlukan perhatian tinggi dalam membuat sebarang keputusan serta siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh.

Wan Azirul Nizam bagaimanap­un menafikan baha-

wa beliau dalam keadaan tertekan menyelesai­kan kes itu secepat mungkin.

Sementara itu, menjawab soalan peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Doan, beliau mengakui tidak menyiasat berhubung perjanjian persefaham­an dalam kes jenayah berat antara Malaysia dan Korea Utara.

Menurutnya, siasatan tidak dibuat atas alasan isu yang ditimbulka­n tidak relevan dengan kes ini.

Pada 1 Mac 2017 di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, Siti Aisyah dan Doan didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam di Balai Berlepas KLIA2, jam 9 pagi, 13 Februari 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n bersambung hari ini.

 ??  ?? TERTUDUH, Doan dikawal anggota polis ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
TERTUDUH, Doan dikawal anggota polis ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia