Harian Metro

Drebar GrabCar dijel 41 bulan

-

Ampang: Seorang pemandu GrabCar dihukum penjara 41 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, atas tiga pertuduhan mencabul, mengugut dan mencederak­an seorang penumpang wanitanya, tahun lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhamad Izuwan Kamaruddin, 39, selepas tertuduh menukar pengakuann­ya kepada bersalah pada hari pertama perbicaraa­n kes itu.

Bagi pertuduhan mencederak­an mangsa, tertuduh dihukum penjara 12 bulan, bagi pertuduhan mencabul kehormatan mangsa, Muhamad Izuwan dihukum penjara 14 bulan manakala pertuduhan mengugut mangsa, tertuduh dihukum penjara 15 bulan.

Mahkamah memerintah­kan ketiga-tiga hukuman itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh jatuh hukum menjadikan tertuduh perlu meringkuk di penjara selama 41 bulan.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhamad Izuwan didakwa mencederak­an mangsa yang juga seorang pelajar di sebuah kolej swasta berusia 18 tahun ketika kejadian dan didakwa mengikut Seksyen 323 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua pula, bapa kepada seorang anak itu didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat mencabul kehormatan mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan ugutan dengan niat hendak menyebabka­n kematian terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

 ??  ?? MUHAMAD Izuwan (kanan) di Mahkamah Majistret, semalam.
MUHAMAD Izuwan (kanan) di Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia