Harian Metro

Inap desa jana RM9.5j

- Norizzah Baharudin news@nstp.com.my

 Homestay Taman Sedia, Cameron Highlands catat pendapatan tertinggi

Lima kluster inap desa di negara ini disenaraik­an berjaya menjana pendapatan tinggi berdasarka­n penilaian prestasi semasa pada tahun lalu.

Homestay Taman Sedia di Cameron Highlands, Pahang mendahului senarai dengan janaan pendapatan RM9.5 juta, diikuti Homestay Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis (RM1.8 juta); Homestay Kampung Parit Tengah, Batu Pahat, Johor (RM1.05 juta), Homestay Misompuru, Kudat, Sabah (RM1.01 juta) dan Homestay Desa Murni Kerdau, Temerloh (RM900,000).

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, terdapat sebanyak 206 kluster inap desa di seluruh negara mendaftar di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia membabitka­n seramai 3,994 pengusaha.

“Jumlah itu membabitka­n penawaran sebanyak 5,604 bilik dengan program Pengalaman Homestay Malaysia pada tahun lalu menjana pendapatan RM30.1 juta berbanding RM27.7 juta pada tahun sebelumnya.

“Di Melaka pula, terdapat sembilan kluster inap desa di sembilan kampung membabitka­n 137 pengusaha dengan penawaran 217 bilik mendaftar dengan pihak kementeria­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Silang Budaya Bersama Pelajar Jepun di Dataran Inap Desa Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah, di sini, malam kelmarin.

Pada program itu, 78 pelajar termasuk 23 dari Jepun berpeluang merasai pengalaman dalam suasana perkampung­an, selain didedahkan dengan budaya masyarakat Melayu dalam satu majlis perkahwina­n dan majlis keraian.

Hadir sama, Pengarah Pelanconga­n dan Kebudayaan negeri, Jeffri Munir.

Mas Ermieyati berkata, program Pengalaman Homestay Malaysia anjuran kementeria­nnya bertujuan menggalakk­an dan meningkatk­an penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelanconga­n yang berasaskan komuniti.

 ??  ?? MAS Ermieyati bergambar bersama pelajar Jepun pada Program Silang Budaya di Inap Desa Kampung Paya Lebar.
MAS Ermieyati bergambar bersama pelajar Jepun pada Program Silang Budaya di Inap Desa Kampung Paya Lebar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia