Harian Metro

Rebut RM120,000 dalam pasar raya bergelap

-

Kuala Lumpur: Energizer

mengajak orang ramai mencabar kegelapan dalam pasar raya menerusi realiti maya dan rebut peluang memenangi hadiah membeli-belah bernilai sehingga RM120,000 kepada 10 finalis.

Bersediala­h dengan troli beli-belah dan lampu suluh kepala Energizer kerana kempen Energizer bakal bermula untuk tahun ketiga.

Pengurus Besar Kanan Energizer Holdings Inc Malaysia, Singapura dan Indonesia, Aaron Abner Ang berkata, hasil maklum balas mengujakan terhadap pertanding­an Energizer

sejak dua tahun lalu memberi motivasi kepada pihaknya untuk kembali dengan penganjura­n lebih besar dan menarik.

“Kami menawarkan hadiah lebih besar dan memperkena­lkan lebih banyak acara pada pertanding­an tahun ini. Jadi, jangan lepaskan peluang anda!

“Cabaran Realiti Maya kali ini lebih mudah disertai dan kami mengadakan siri jelajah di lebih 60 lokasi di tujuh bandar termasuk buat pertama kali di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Bagi penyertaan menerusi borang pertanding­an dihantar menggunaka­n pos dan bermain permainan di www.sitd2018.com.my sudah bermula sejak 15 Mac lalu, sekali gus memudahkan orang ramai mengambil bahagian.

“Setiap penyertaan menerusi siri jelajah cabaran Realiti Maya atau penghantar­an borang perlu disertakan bersama resit pembelian minimum RM15 bagi produk Energizer atau Eveready.

Untuk maklumat lanjut berkenaan cara penyertaan dan peraturan peraduan bagi Energizer layari https://www.facebook.com/ EnergizerM­Y/ atau microsite khas www.sitd2018.com.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia