Harian Metro

Basikal merah meluncur laju

- Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

 Warga Myanmar parah dirempuh kereta

Penunggang basikal warga Myanmar parah apabila dirempuh kereta Proton Exora dipandu seorang guru wanita di Persiaran Jejarum, dekat Taman Semarak, jam 12.30 tengah hari, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Soe Win Khing, 30-an, bekerja di sebuah pasar raya tidak jauh dari lokasi kejadian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatka­n rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pemandu Proton Exora Siti Hadijah Ibrahim, 43, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Taman Bunga Raya ke rumahnya di Taman Kasturi sebelum kelibat mangsa muncul secara tiba-tiba di depannya dan gagal mengelak lalu merempuh lelaki berkenaan.

“Saya hendak pulang sekejap ambil komputer riba di rumah.

“Tiba-tiba, mangsa yang berbasikal merah berada di depan dan saya tidak sempat mengelak lalu melanggarn­ya di sebelah kanan kereta,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, mangsa terhentak pada cermin depan sebelah kanan kereta lalu tercampak.

Siti Hadijah berkata, keretanya nyaris terbabas ke dalam longkang, namun berjaya dikawal.

Difahamkan, orang awam yang berada di lokasi kejadian membantu mengangkat mangsa ke bahu jalan sementara menunggu ambulans tiba.

Dalam pada itu, beberapa penduduk ditemui memaklumka­n mangsa yang tinggal di Taman Semarak dipercayai turun melalui jambatan kecil yang dibina sebagai laluan pintas ke Persiaran Jejarum untuk ke tempat kerjanya.

Bagaimanap­un, mangsa mungkin terlajak ke tengah jalan sebelum dilanggar kereta itu.

Mangsa meraung kesakitan ketika anggota paramedik tiba memberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bhak Pai, ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut kesalahan lalu lintas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia