Harian Metro

RM42.9 juta dadah dirampas

-

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 40,609 individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM42.9 juta bagi suku pertama tahun ini.

Kejayaan dari 1 Januari hingga Mac lalu itu termasuk beberapa siri serbuan yang berjaya menumpaska­n sindiket dadah selain serbuan makmal dadah di seluruh negara.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya melalui Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dengan kerjasama elemen lain dalam PDRM agresif mengesan sindiket dadah menerusi siasatan dan risikan.

“Antara dadah dirampas adalah ganja iaitu sebanyak 1,152.13 kilogram (kg), syabu 497.57kg, heroin 117.61kg, pil Eramin 5 40.97kg, Ekstasi 29.30kg, pil yaba 11.16kg dan ketamin 9.35kg.

“Nilai anggaran keseluruha­n rampasan dadah adalah RM42.9 juta. Dadah jenis ganja mencatatka­n rampasan paling tinggi dengan nilai dianggarka­n RM20 juta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sehingga 29 Mac lalu, pihaknya menahan 40,609 individu membabitka­n 15,737 kerana memiliki, 6,518 orang kerana kesalahan mengedar manakala seramai 313 orang didapati positif ujian air kencing.

“Daripada jumlah 40,609 individu ditahan, seramai 38,163 adalah warga tempatan dan 2,446 warga asing. Seramai 313 tangkapan dibuat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Polis turut membuat sitaan harta dianggarka­n bernilai RM17.56 juta manakala nilai harta dilucutkan adalah RM0.47 juta,” katanya.

 ??  ?? MOHMAD (empat dari kiri) menunjukka­n ganja mampat ketika sidang media di IPD Gombak.
MOHMAD (empat dari kiri) menunjukka­n ganja mampat ketika sidang media di IPD Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia