Harian Metro

Lima peserta perdengar bacaan Bertaranum ditemani bayi

- Noor Atiqah Sulaiman news@nstp.com.my

Putrajaya: Lima peserta termasuk dua qariah membuka tirai Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1439H/2018 yang berlangsun­g di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), malam tadi.

Peserta pertama yang membuka tirai bacaan ialah wakil Melaka, Azraie Abdul Hak diikuti Siti Aisyah Md Arif (Perlis), Mohd Khalil Mohd Zari (Pahang), Nur Faten Izzati Rablin (Sabah) dan peserta Johor, Mohammad Muslim Ali.

Seramai 28 peserta dari seluruh negara akan bertanding dalam MTHQK yang berlangsun­g selama enam hari hingga Jumaat ini.

Untuk penganjura­n kali ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat sedikit kelainan apabila semua peserta diwajibkan membaca al-Quran secara bertaranum dengan dua jenis lagu.

Dua lagu berkenaan perlu dibawa secara berturut-turut dan ia hanya diketahui oleh peserta ketika proses pengundian ayat. Pembaharua­n itu ditetapkan oleh jemaah hakim dan ia sememangny­a memberi cabaran kepada peserta.

Penilaian jemaah hakim akan dipengerus­ikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha bersama 15 hakim bagi kategori tilawah dan 17 hakim kategori hafazan.

MTHQK 2018 akan disiarkan secara langsung menerusi dua saluran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada jam 8.30 malam, manakala bagi kategori menghafaz pada 1 hingga 5 April, jam 9 pagi melalui TV AlHijrah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menyempurn­akan majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah yang dijadualka­n berlangsun­g Jumaat ini.

Qariah dari Perlis, Siti Aishah Md Arif, 26, berharap dapat memperdeng­arkan bacaan al-Quran dengan baik pada majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Kebangsaan (MTHQK) memandangk­an dirinya kini sarat hamil anak sulung dan dijangka bersalin, Ahad ini.

Siti Aishah adalah peserta kedua yang memperdeng­arkan bacaannya, malam tadi bersama empat lagi peserta lain iaitu tiga qari dari Melaka, Pahang dan Johor dan seorang qariah dari Sabah.

Menurut Siti Aishah, dia bersyukur kerana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai penganjur turut menyediaka­n pegawai perubatan untuk memantau dirinya sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini.

“Sebelum datang ke sini, saya sudah dirawat di Hospital Langkawi kerana degupan jantung bayi dalam kandungan bergerak agak laju, tetapi saya memohon kepada pihak hospital untuk membenarka­n saya pulang bagi menyertai pertanding­an ini.

“Kandungan ini tidak sekali pun menjejaska­n persiapan saya, malah ia membuat saya terus berkobar untuk melakukan yang terbaik sambil ‘ditemani’ bayi sulung ini.

“Lagipun, bukan senang

 Qariah Perlis dijangka bersalin Ahad ini

untuk mendapat pengalaman seperti ini iaitu terpilih menjadi wakil negeri di peringkat kebangsaan dan pada masa sama membawa kandungan yang hanya tunggu masa saja,” katanya, semalam.

Ini adalah penyertaan kali kedua Siti Aishah selepas menyertai pertanding­an sama pada tahun lalu.

Sementara itu, peserta dari Pahang, Mohd Khalil Mohd Zari, 41, berkata, dia tidak menyangka dapat menyertai pertanding­an itu kerana ketika di peringkat negeri, hanya mendapat tempat kedua.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada tetamu yang hadir di Majlis Tilawah
dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun
1439/2018M di Putrajaya.
SEBAHAGIAN daripada tetamu yang hadir di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439/2018M di Putrajaya.
 ?? Siti Aishah ?? Ia membuat saya terus berkobar untuk melakukan yang terbaik sambil ‘ditemani’ bayi sulung ini”
Siti Aishah Ia membuat saya terus berkobar untuk melakukan yang terbaik sambil ‘ditemani’ bayi sulung ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia