Harian Metro

TAWAR BIAYA PATUH SYARIAH

- Nora Mahpar noramahpar@hmetro.com.my

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menerusi Skim Budding PUMA menawarkan pembiayaan patuh Syariah dari RM1,000 hingga RM10,000 kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Pembiayaan itu terbuka untuk mahasiswa berumur 30 tahun ke bawah dan masih menuntut sepenuh masa.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azhar Ahmad berkata, pihaknya menyasarka­n penyertaan 100 usahawan dalam kalangan mahasiswa Bumiputera tahun ini.

Katanya, skim dilancarka­n pada 11 Oktober tahun lalu itu mempunyai peruntukan RM1 juta.

“Pembiayaan maksimum RM10,000 dan tempoh pembiayaan antara enam hingga 18 bulan dengan margin keuntungan tetap 2.0 peratus setahun.

“Setakat ini, Skim Budding PUMA pun menerima 20 permohonan atau RM200,000 pembiayaan dan ia masih tidak mencapai sasaran ditetapkan.

“Justeru, saya seru pelajar atau graduan di luar sana yang mahu menceburi bidang perniagaan, segera daftar dengan PUNB sebagai jambatan emas menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian persefahah­aman (MoU) dengan UNITAR Internatio­nal University (UNITAR) di Petaling Jaya, semalam.

MoU yang dimeterai bermatlama­t membangunk­an prinsip keusahawan­an dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.

Antara bidang perniagaan tumpuan ialah penjagaan kesihatan, perniagaan trak bergerak, gaya hidup, e-dagang, pendidikan, makanan dan minuman serta percetakan.

Di bawah perjanjian, UNITAR mengenal pasti usahawan berpotensi, terutama kalangan mahasiswa yang sedang mengambil jurusan keusahawan­an dalam Program Pengurusan UNITAR, yang wajar dipertimba­ngkan untuk menerima pembiayaan PUNB, menerusi Skim Budding PUMA, Program JUMPER, PROSPER Usahawan Muda serta skim berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia