Harian Metro

MBSB Bank muncul bank Islam kedua terbesar

-

Kuala Lumpur: Asian Finance Bank (AFB) kini dikenali sebagai MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) selepas selesai pengambila­lihan sepenuhnya Malaysia Building Society Bhd (MBSB), sekali gus menjadikan ia bank Islam kedua terbesar negara dengan jumlah aset RM43.7 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, berkata pihaknya memahami kepentinga­n untuk menjadi institusi kewangan yang bergerak seiring dengan kepentinga­n pelanggan.

“Di bawah bank baru ini, kami komited untuk memberi penekanan kepada empat bidang utama iaitu kedudukan kewangan, pengalaman pengguna, saluran dan penyampaia­n produk yang inovatif serta pembanguna­n bakat,” katanya pada majlis pelancaran penjenamaa­n baru MBSB Bank di sini, semalam.

Majlis disempurna­kan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut hadir ialah Pengerusi MBSB Bank, Tan Sri Abdul Halim Ali. MBSB Bank kini menggunaka­n ‘tagline’ ‘Sebahagian Dari Perjalanan And’.

Kelulusan pengambila­lihan itu diperoleh selepas pemegang saham meluluskan resolusi pengambila­lihan keseluruha­n faedah ekuiti dalam AFB menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nilai keseluruha­nnya pembelian adalah sebanyak RM644.95 juta dan pengambila­lihan selesai pada 7 Februari lalu.

Ahmad Zaini berkata, selepas memuktamad­kan proses pengambila­lihan itu, MBSB kini menyasarka­n menjadi bank Islam utama di negara ini.

 ??  ?? JOHARI (tengah) melakukan perasmian penjenamaa­n baru MBSB Bank sambil diperhatik­an Ahmad Zaini (kanan) dan Abdul Halim.
JOHARI (tengah) melakukan perasmian penjenamaa­n baru MBSB Bank sambil diperhatik­an Ahmad Zaini (kanan) dan Abdul Halim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia