Harian Metro

Unjur peningkata­n pinjaman runcit

 Jangka raih pertumbuha­n pinjaman 11 peratus bagi 2018

- Suffian A Bakar suffian@nstp.com.my

RHB Bank Bhd menyasarka­n pertumbuha­n pinjaman runcit lebih kukuh tahun ini, disandarka­n kepada peningkata­n program berkaitan pinjaman dan keupayaan digitalnya.

Pemangku Ketua Perbankan Runcit Kumpulan RHB Banking Group, Nazri Othman berkata, segmen runcit RHB dijangka meraih pertumbuha­n pinjaman 11 peratus bagi 2018 lebih kukuh berbanding pertumbuha­n 8.9 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, saiz aset peruncitan RHB bernilai sekitar RM76 bilion setakat Disember 2017 mewakili 46 peratus daripada keseluruha­n jumlah pinjaman bank itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelancaran RHB RinggitPlu­s Credit Card XpessApply via ChatBot di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, pihaknya juga menjangka pengeluara­n kad kredit yanng lebih tinggi tahun ini dengan pengenalan RHB RinggitPlu­s Credit Card XpessApply via ChatBot.

RHB memperkena­lkan RHB RinggitPlu­s Credit Card XpessApply via ChatBot, kaedah permohonan kad kredit melalui ChatBot.

ChatBot adalah pengirim pesanan waktu sebenar dalam RinggitPlu­s.com.

ChatBot membolehka­n pelanggan memohon kad kredit RHB secara atas talian, melalui konsep pesanan ringkas pada bila-bila masa.

Nazri berkata, pengenalan kaedah baru itu adalah hasil kerjasaman­ya dengan pengendali laman web RinggitPlu­s.

Beliau berkata, pengguna kini boleh memohon kad kredit dalam tempoh hanya lima minit menggunaka­n RHB RinggitPlu­s XpressAppl­y.

“Melalui ChatBot yang menggunaka­n teknologi kecerdasan buatan (AI), pengguna dapat menikmati pengalaman yang mudah, pantas dan selamat bagi permohonan kad kredit mereka,” katanya.

Semua permohonan dan dokumen akan diproses dalam talian dan pelanggan hanya perlu mengambil kad kredit di cawangan RHB berdekatan selepas kelulusan diperoleh.

RHB menjangka momentum pertumbuha­n pinjaman keseluruha­n yang lebih kukuh sebanyak enam peratus pada 2018 berbanding 3.7 peratus pada 2017.

 ??  ?? NAZRI (tengah) ketika pelancaran aplikasi RHB Bank & RinggitPlu­s.com Permohonan Kad Kredit Xpress Via Chatbot Menara AA, Kuala Lumpur.
NAZRI (tengah) ketika pelancaran aplikasi RHB Bank & RinggitPlu­s.com Permohonan Kad Kredit Xpress Via Chatbot Menara AA, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia