Harian Metro

M Bonus Asia sasar 500,000 ahli

-

Johor Bahru: M Bonus Asia Sdn Bhd, syarikat penyedia mata ganjaran dan rebat menerusi aplikasi M Bonus menyasarka­n 500,000 ahli sempena Karnival Perdaganga­n Komersial Karnival Makanan Dunia 2018 di empat negeri menjelang hujung tahun ini.

Pemegang Saham M Bonus Asia Sdn Bhd, Carryn Toe berkata, sasaran itu membabitka­n promosi secara agresif syarikat berkenaan memperkena­lkan produk mata ganjaran dan rebat.

Katanya, dengan keahlian M Bonus kini mencecah 50,000 orang dan 1,200 peniaga berdaftar, pihaknya yakin sasaran keahlian akan bertambah sembilan kali ganda menerusi penyertaan pada karnival sama di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

“Sejak beroperasi enam bulan lalu, kami menerima jumlah keahlian di luar jangka, malah menerusi aplikasi M Bonus ahli layak mendapat rebat dan mata ganjaran tanpa sebarang kos.

“Ini kerana kami mempunyai rangkaian peniaga yang cukup besar dalam memberikan mata ganjaran membabitka­n syarikat kenderaan, insurans, makanan, rumah, hartanah dan kelengkapa­n penggguna,” katanya selepas melancarka­n Karnival Perdaganga­n Komersial dan Makanan Dunia 2018 di Garden Central Park di sini, baru-baru ini.

Karnival tiga hari itu, termasuk dalam kerangka promosi syarikat untuk memperkena­lkan produk mata ganjaran dan rebat M Bonus kepada penduduk negeri ini terutama mereka yang menetap di bandar raya Johor Bahru.

Karnival julung kali dianjurkan itu membabitka­n 48 peniaga yang juga ahli M Bonus dan memberi peluang kepada orang ramai menikmati rebat serta mata ganjaran menerusi aplikasi M Bonus bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Carryn berkata, M Bonus adalah platform yang direka untuk memberi nilai tambah kepada semua orang, di mana-mana dan setiap hari.

“M Bonus adalah model rebat dan program ganjaran baru, misi kami adalah untuk memberi peluang kepada semua pihak mendapat peluang lebih baik dalam hidup dan menjalanka­n perniagaan melalui penciptaan nilai dan perubahan positif menerusi cara perbelanja­an.

“Ahli kami akan menikmati sehingga 100 peratus rebat jumlah yang dibelanjak­an dengan peniaga di bawah kami menerima kadar antara 0.025 peratus hingga 0.050 peratus sehari,” katanya.

 ??  ?? SEKITAR Karnival Perdaganga­n Komersial Karnival Makanan Dunia 2018 di Johor Bahru.
SEKITAR Karnival Perdaganga­n Komersial Karnival Makanan Dunia 2018 di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia