Harian Metro

MASUK PENJARA DEMI ORKESTRA

- Agensi

 Lelaki sengaja lakukan jenayah kerana mahu dirinya dijel

Demi mencapai impian menyertai orkestra penjara yang terkenal, seorang lelaki melakukan jenayah bagi membolehka­nnya dipenjarak­an.

Menurut laporan STV Shanghai, dalam kejadian di daerah Jiading itu, lelaki berkenaan dikenali sebagai Wang, mencuri telefon bimbit pesakit di sebuah hospital untuk memastikan dia ditangkap.

Dia secara terbuka mendaftar di kaunter hospital menggunaka­n kad pengenalan­nya selain kerap melihat ke arah kamera keselamata­n bagi memastikan wajahnya dirakam.

Berikutan itu, Wang ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan serta denda 2,000 yuan (RM1,229) bagi kesalahan mencuri, Februari lalu.

South China Morning Post memetik pendakwa raya, Yu Zhong berkata, kes itu luar biasa kerana Wang melakukan jenayah berkenaan bukan untuk mendapat wang tetapi mahu dirinya ditahan polis.

“Pencuri pasti tidak mahu ditangkap. Namun, Wang berharap dia ditangkap segera supaya berpeluang masuk penjara,” katanya.

Kumpulan persembaha­n yang diminati Wang, Kumpulan Seni Penjara Shanghai Tilanqiao, pernah memenangi banyak anugerah serta mengadakan lebih 5,700 persembaha­n.

Wang yang mengalami penyakit skizofreni­a ringan dan pernah mencari rezeki sebagai penghibur berkata, dia melihat kumpulan seni itu sebagai peluang untuknya mengadakan banyak persembaha­n.

“Saya inginkan pentas untuk menyanyi. Tilanqiao menyediaka­n pentas ini memandangk­an mereka mengadakan persembaha­n di banyak penjara.

“Saya akan mendapat kepuasan itu sebaik masuk penjara. Saya tidak akan melakukan jenayah lagi selepas ini,” katanya yang mempunyai banyak rekod lampau kesalahan mencuri.

Sementara itu, pihak penjara dalam kenyataan melalui aplikasi WeChat menyatakan kumpulan persembaha­n Tilanqiao itu diwujudkan bukan untuk melahirkan penyanyi tetapi memulihkan penjenayah.

“Bukan semua orang boleh menyertai kumpulan ini,” katanya.

 ??  ?? ANTARA aksi persembaha­n Kumpulan Seni Penjara Tilanqiao Shanghai. - Agensi
ANTARA aksi persembaha­n Kumpulan Seni Penjara Tilanqiao Shanghai. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia