Harian Metro

Kes bunuh London atasi New York

-

London: Pihak berkuasa Britain yakin kemarahan dan dendam akibat pergaduhan di media sosial antara pencetus pembunuhan hingga menyebabka­n kes pembunuhan di London kini mengatasi New York di Amerika Syarikat.

Dalam tempoh dua bulan lalu, jumlah kes pembunuhan di London mengatasi kadar di New York dan Scotland Yard kini berdepan peningkata­n 38 peratus kes pembunuhan sejak 2014.

Seramai 15 orang mati dibunuh di London pada Februari lalu berbanding 14 di New York.

Trend dijangka berterusan apabila 22 kes pembunuhan dicatatkan di London pada Mac lalu, lebih satu kes berbanding New York yang terkenal dengan kadar jenayah yang tinggi.

Menurut laporan Dailu Mail, Pesuruhjay­a Scotland Yard, Cressida Dick berkata, peningkata­n kadar pembunuhan di London itu mungkin berpunca daripada pergaduhan yang dicetuskan di media sosial.

“Pergaduhan yang tercetus di aplikasi mesej dalam talian dan laman perkongsia­n video bertukar menjadi pembunuhan dalam tempoh beberapa minit sahaja.

“Impak media sosial ini mampu menyebabka­n seseorang itu yang pada mulanya hanya sedikit marah antara satu sama lain tiba-tiba bertukar menjadi pergaduhan dengan cepat,” katanya.

Sebanyak 116 kes pembunuhan dicatat di London tahun lalu, namun berdasarka­n perkembang­an terbaru, jumlah itu dijangka meningkat kepada paras tertinggi dalam tahun ini.

Pada 1990-an New York mencatatka­n 2,000 kes pembunuhan setahun dan NYPD mengambil pendekatan tiada toleransi kepada jenayah, walaupun jenayah ringan dan meningkatk­an rondaan di kawasan bermasalah.

NYPD juga memberi usaha besar menjayakan program kepolisan komuniti dan hasilnya, kadar pembunuhan di New York menurun mendadak daripada 2,245 kes pada 1990 kepada rekod paling rendah 286 kes tahun lalu. - Agensi

 ??  ?? ANTARA mangsa pembunuhan di London tahun ini. - Daily Mail
ANTARA mangsa pembunuhan di London tahun ini. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia