Harian Metro

Pergorbana­n tanpa sesalan

- AFP

Menanggung kesakitan akibat ditembak tentera Israel yang juga memungkink­an kecacatan kekal tidak melemahkan semangat, malah tiada langsung kekesalan dalam diri remaja 16 tahun, Bassel al-Helo, yang menyertai perhimpuna­n beramai-ramai penduduk Palestin di Gaza,

Kecederaan kaki remaja itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, namun Bassel menegskan dia akan tetap meneruskan perjuangan.

“Saya tidak kesal melakukann­ya,” katanya di samping ibunya di atas katil Hospital Shifa.

Ramai golongan muda Palestin cedera dikeliling­i saudara-mara yang sibuk mengagihka­n coklat.

Seramai 17 penduduk Palestin terbunuh, lebuh 1,500 lagi cedera ketika menyertai perhimpuna­n ‘Perarakan Pulang’ di sempadan GazaIsrael bermula Jumaat lalu, yang dirancang selama enam minggu.

Menurut kenyataan Kementeria­n Kesihatan Gaza, jumlah korban adalah yang terburuk dalam tempoh sehari di Gaza sejak perang 2014 dengan Israel.

Kementeria­n itu menyatakan, lebih 800 penduduk Gaza ditembak tentera Zionis sejak Jumaat.

Tentera Israel berkata, ia melepaskan tembakan ke arah mereka yang membaling batu dan bom api atau menggolekk­an tayar terbakar.

Palestin sebaliknya berkata, penunjuk perasaan ditembak walaupun tidak mendatangk­an bahaya kepada tentera, sementara kumpulan hak asasi mempersoal­kan penggunaan peluru hidup oleh Israel.

Sesetengah yang cedera mengakui mereka membaling batu ke arah tentera, manakala yang lain ditembak secara rawak.

Bagi Bassel, tindakanny­a tidak merugikan kerana situasi kemiskinan teruk di Gaza dan akan kembali memprotes sebaik pulih.

“Saya berada tidak jauh dari sempadan. Tiba-tiba tembakan bertalu-talu dan orang mula jatuh di hadapan saya termasuk seorang rakan. Ketika saya mahu membantu, saya turut ditembak,” kata Bassel yang menegaskan dia tidak membaling batu.

Menurutnya, dia pergi untuk menyaksika­n bantahan.

Berdekatan katilnya, Ali Zeer, 15, tidur dengan darah dimasukkan menerusi tiub ke tubuhnya berhampira­n luka di dada

 Remaja mungkin cacat kekal azam teruskan perjuangan bantah rejim Zionis

akibat ditembak.

Ibunya berkata, semua sembilan anaknya mengambil bahagian dalam bantahan utama, disertai puluhan ribu penduduk, namun Ali memilih hampir ke pagar.

“Ini bantahan aman. Dia langsung tidak membaling batu,” katanya.

Di sempadan Gaza-Israel malam semalam, ratusan belia Palestin bergerak sehingga 100 meter dari tentera Israel, yang menghalang mereka dengan melepaskan gas pemedih mata.

 ??  ?? BASSEL al-Helo dirawat di Hospital Shifa di Gaza. - AFP
BASSEL al-Helo dirawat di Hospital Shifa di Gaza. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia