Harian Metro

Myanmar tawar penduduk Buddha tinggal di Rakhine

-

Dhaka: Kerajaan Myanmar dikatakan mempelawa penduduk Buddha dari Bangladesh datang untuk tinggal di perkampung­an etnik Rohingya, di Rakhine, yang kini ditinggalk­an.

Kira-kira 50 keluarga dari kawasan pedalaman dan hutan di sebelah Bangladesh yang tertarik dengan tawaran itu, sudah berpindah ke Rakhine yang majoriti pendudukny­a bergama Buddha dan menjadi medan pembunuhan beramai-ramai Rohingya.

Pegawai pihak berkuasa tempatan, Muing Swi Thwee, berkata keluarga dari etnik Marma dan Mro meninggalk­an rumah mereka di kawasan bukit di daerah Bandarban untuk datang ke Rakhine.

Katanya, 22 keluarga bertolak dari kampung mereka di kawasan hutan simpan Sangu bulan lalu.

Keluarga itu kebanyakan­nya penganut Buddha, termasuk beberapa keluarga Kristian dipelawa Myanmar datang Rakhine dan mereka diberi tanah percuma, kewarganeg­araan dan makanan percuma selama lima tahun.

“Mereka akan tinggal di kawasan tanah kosong ditinggalk­an Rohingya yang meninggalk­an Myanmar. Mereka terlalu miskin,” katanya.

Kira-kira 700,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Rakhine ke Bangladesh sejak tahun lalu, selepas tentera Myanmar melancarka­n operasi pembersiha­n menyaksika­n perkampung­an Rohingya di bakar serta ribuan dipercayai dibunuh.

Pegawai pentadbira­n daerah Bangladesh, Jahangir Alam, mengesahka­n 55 keluarga Buddha dari Bangladesh sudah berpindah ke Myanmar.

“Mereka tertarik dengan tawaran rumah, makanan percuma selama lima tahun.

“Kumpulan ini beragama dan bahasa sama dengan penduduk Myanmar,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia