Harian Metro

Penghantar barang jadi wira

-

Bejiing: Seorang penghantar barang mendapat pujian selepas menggadai nyawa memanjat bangunan pangsapuri di Harbin, wilayah Heilongjia­ng, untuk menyelamat­kan seorang warga emas kurang upaya dalam kediamanny­a yang sedang terbakar.

Menurut laporan media China, Li Hongchen

31, sedang membuat penghantar­an barang, Jumaat lalu, apabila terdengar jeritan meminta bantuan di bangunan pangsapuri berhampira­n.

Portal berita Qq.com melaporkan, Li bersama beberapa penghuni bangunan bergegas menaiki tangga untuk ke unit yang terbakar itu, namun penghuniny­a, wanita berusia 84 tahun, mempunyai masalah pendengara­n dan terlantar sakit.

Menurut South China Morning Post, kebakaran itu dipercayai bermula di dapur yang terletak berhampira­n balkoni.

“Saya tidak berfikir panjang, masa suntuk. Saya berlari ke apartmen di bawah

(gambar),

dan meminta izin ke beranda sebelum memanjat naik ke rumah wanita terbabit.

“Malangnya, selepas berjaya naik dan meredah api, baru saya sedar wanita itu amat lemah.

“Saya menawarkan untuk mengendong­nya, namun dia tidak dapat berpaut pada saya,” katanya.

Dia kemudian mendukung wanita itu sebelum dibantu jiran yang menunggu di kaki lima di luar rumah.

Li dilaporkan mendapat sagu hati wang tunai daripada majikannya kerana keberanian­nya. - Agensi

 ??  ?? LI memanjat bangunan pangsapuri untuk selamatkan mangsa kebakaran. - Agensi
LI memanjat bangunan pangsapuri untuk selamatkan mangsa kebakaran. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia