Harian Metro

Bayi mata satu dirawat di Turki

- AFP

 Karim Abdallah hilang sebelah mata akibat serangan udara di Ghouta dapat liputan meluas media sosial

Bayi lelaki yang hilang sebelah mata akibat serangan udara rejim Syria di Ghouta tahun lalu, tiba di Turki semalam, selepas penderitaa­nnya mendapat liputan meluas media sosial, untuk rawatan.

Presiden Turki, Recep Erdogan, menyambut ketibaan Karim Abdallah yang kini berusia enam bulan bersama anggota keluargany­a di wilayah sempadan Turki di Hatay.

Karim hilang sebelah mata dalam serangan udara Oktober tahun lalu, di kawasan dikawal pemberonta­k di Ghouta yang turut mengorbank­an ibunya.

Sejak gambarnya dengan kecederaan mata tersebar, ramai pengguna media sosial merakam gambar mereka dengan menekup sebelah mata sebagai tanda sokongan kepada Karim dan menyiarkan­nnya di Twitter serta Facebook dengan hashtag #Solidarity­WithKarim.

Malah, Duta Britain ke PBB, Matthew Rycroft turut menyiarkan gambarnya dengan gaya yang sama di Twitter ketika mesyuarat Majlis Keselamata­n PBB.

Kempen solidariti itu dilancarka­n jurugambar bebas, Amer Almohibany, 28, orang pertama yang merakam gambar Karim.

Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Turki, Kerem Kinik, berkata kanak-kanak itu yang cedera ketika berusia lima minggu, menjadi simbol nasib yang menimpa kanak-kanak tidak berdosa di Syria.

“Alhamdulil­lah, bayi lelaki, Karim kini selamat. Ia mengingatk­an kita bahawa kita perlu memiliki hati nurani sebagai manusia,” kata Kinik melalui Twitter.

Pakar bedah otak dikenali Dr Abu Jamil berkata, kerosakan di bahagian lobus frontal dan mata kiri kemungkina­n menyebabka­n penderitaa­n jangka panjang.

“Lobus frontal memainkan peranan penting dalam kefahaman, kepintaran dan ingatan manusia,” katanya.

Menurutnya, masalah itu boleh dirawat dengan terapi tingkah laku dan kognitif serta pembedahan kosmetik.

 ??  ?? PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan, mendukung Karim yang kehilangan sebelah mata dan ibunya akibat serangan udara di Ghouta, tahun lalu. Bayi berusia enam bulan itu tiba di Turki untuk rawatan semalam. - Turkish Presidenti­an Press Service/AFP
PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan, mendukung Karim yang kehilangan sebelah mata dan ibunya akibat serangan udara di Ghouta, tahun lalu. Bayi berusia enam bulan itu tiba di Turki untuk rawatan semalam. - Turkish Presidenti­an Press Service/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia