Harian Metro

Adnan optimis Afiq menyinar di Gold Coast

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih olahraga para negara, Adnan Mat Ali percaya atlet pecut di bawah bimbingann­ya, Mohamad Afiq Ali Hanafiah

(gambar) mampu memenangi pingat di temasya Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia.

Ini kerana, atlet yang akan beraksi dalam acara 100m T12 (masalah penglihata­n) di Gold Coast itu dilihat sudah berusaha gigih untuk mendapatka­n apa yang diidamkan dirinya.

“Ini adalah penampilan pertamanya di Komanwel, malah dia sendiri ada menyasarka­n untuk membawa pulang pingat ke Malaysia. Jadi saya menaruh keyakinan untuk dia mendapatka­n pingat.

“Kita sasarkan yang dia boleh memenangi pingat gangsa dan dia perlu melakukan yang terbaik ketika saringan lagi agar dapat mara ke final,” kata Adnan ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Adnan menjangkak­an pesaing yang menanti Mohamad Afiq adalah dari Amerika Syarikat dan Afrika Selatan selain atlet yang mengambil bahagian di Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.

Selain itu, katanya antara penekanan yang diberikan buat Mohamad Afiq ketika menjalani latihan adalah dari sudut kelemahan yang ada termasukla­h ketika blok permulaan larian.

Adnan adalah watak di belakang tabir ketika atlet para, Hisham Khaironi memenangi pingat perak dalam acara 100m lelaki dengan catatan masa 11.53s di Sukan Komanwel, Manchester, England pada 2002.

Temasya Komanwel akan membuka tirai secara rasmi pada Khamis dan acara 100m T12 lelaki dijadual berlangsun­g pada 12 April ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia