Harian Metro

Penentu barisan terbaik

 Pertemuan menentang Australia penting buat skuad Van Huizen nilai prestasi

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Perlawanan persahabat­an terakhir bertemu Australia hari ini dilihat detik paling penting untuk ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen memilih barisan pemain terbaik yang akan diturunkan pada aksi pembuka tirai bertemu England pada saingan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, Jumaat ini.

Antara yang merasai bahang untuk merebut tempat adalah dua penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman serta Muhammad Hairi Abd Rahman yang dilihat mempunyai peluang sama rata untuk diturunkan pada perlawanan pertama nanti.

Mengambil kira prestasi semasa, kedua-dua penjaga gol negara itu membuktika­n bahawa mereka layak untuk menggantik­an tempat penjaga gol utama negara, S Kumar yang ketika ini sedang berdepan hukuman penggantun­gan sementara selepas didapati positif menggunaka­n bahan terlarang Sibutramin­e ketika saingan Piala Asia di Dhaka,

Bangladesh, tahun lalu.

Hafizuddin tanpa berselindu­ng menegaskan mahu terpilih beraksi pada perlawanan pertama bertemu England untuk terus menanam keyakinan dihati Stephen.

“Untuk perlawanan persahabat­an dengan Australia, saya perlu mempamer aksi paling terbaik kerana mahu berada dalam kesebelasa­n utama.

“Tak nafikan persaingan antara saya dengan Hairi memang sengit. Kami berdua diberi peluang sama rata pada dua perlawanan persahabat­an sebelum ini.

“Apapun terpulang kepada jurulatih untuk memilih siapa yang paling layak diturunkan pada perlawanan pertama bertemu England,” katanya.

Mengulas dua kemenangan ke atas New South Wales Institute of Sports (NSWIS) pada perlawanan persahabat­an sebelum ini, Hafizuddin mengakui ia meningkatk­an keyakinann­ya serta rakan sepasukan menjelang pertemuan dengan England.

“Dua kemenangan itu memang meningkatk­an moral setiap pemain dan harap aksi terbaik ini dapat diteruskan pada perlawanan persahabat­an dengan Australia,” katanya.

Selain England, skuad negara juga diundi bersama India, Pakistan dan Wales dalam Kumpulan B.

 ??  ?? HAFIZUDDIN (kanan) bersama Hairi.
HAFIZUDDIN (kanan) bersama Hairi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia