Harian Metro

Malaysian Tigers sasar mara ke separuh akhir

- Jugjet Singh jugjet@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara mahu menamatkan mimpi ngeri di Glasgow 2014 dengan misi sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir pada saingan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia yang akan disingkap tirainya secara rasmi, esok.

Secara realistik, perebutan pingat emas tampak tidak mungkin akan dimenangi sembilan pasukan lain kerana Australia selaku tuan rumah jelas pasukan pilihan untuk memenangin­ya buat kali keenam.

Sejak dipertandi­ngkan pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Australia sudah memenangi kesemua lima emas.

Penampilan terbaik Malaysia adalah memenangi perak pada 1998 selepas tewas 0-4 kepada Australia pada aksi final.

Malaysian Tigers juga pernah meraih gangsa di Melbourne 20016 sementara di Scotland empat tahun lalu sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Ketika itu, mereka dibelasah oleh England 8-1 sebelum dimalukan Trinidad & Tobago 4-2.

Mengambil kira pencapaian pada saingan Piala Sultan Azlan Shah bulan lalu, England dan India dilihat pasukan yang sukar dalam saingan Kumpulan B apabila skuad negara tewas 2-7 dan 1-5.

Hanya Pakistan dan Wales yang dilihat sebagai peluang Malaysia untuk mengutip mata.

“Sudah pasti apabila kita bermain di satu-satu kejohanan, kita akan cuba untuk memenangi pingat. Di Gold Coast, sasaran awal untuk cuba melangkah ke separuh akhir,” kata jurulatih Stephen Van Huizen.

Beliau turut menegaskan, kejohanan itu juga akan menjadi pentas terbaik untuk mengharung­i saingan Sukan Asia di Indonesia Ogos depan serta Piala Dunia di Bhubaneswa­r pada Disember.

“Sukan Komanwel penting untuk skuad negara menjelang Sukan Asia. Kami perlu beraksi dengan baik di Sukan Komanwel dan memenangi emas di Sukan Asia untuk membolehka­n Malaysia layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

Di Gold Coast, Malaysia diletakkan dalam ranking keenam sementara Australia pilihan utama diikuti India, New Zealand, England dan Kanada.

“Walaupun kami tidak mempunyai keputusan yang bagus bertemu India dan England dalam saingan Piala Azlan Shah, ia bukanlah alasan untuk kami menyerah,” katanya.

Malaysia juga harus berwaspada dengan Pakistan dan Wales selepas kehilangan penjaga gol utama, S Kumar yang sedang berdepan penggantun­gan sementara kerana positif ujian doping sementara beberapa pemain utama tidak dapat digunakan kerana masalah kecederaan serta menyambung pelajaran.

 ??  ?? VAN Huizen (belakang, dua dari kanan) bersama Malaysian Tigers dan pegawai sukan.
VAN Huizen (belakang, dua dari kanan) bersama Malaysian Tigers dan pegawai sukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia