Harian Metro

Azriyn buru juara di Osaka

-

Kuala Lumpur: Pemain profesiona­l negara, Azriyn Ayub mahu melakar kejuaraan di Cabaran Antarabang­sa Osaka yang bermula esok sebelum dia bersama pasangan, Arif Latif melapor diri selaku pemain percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 16 April ini.

Menurutnya, walaupun masih belum melihat undian kejohanan berkenaan, namun sasaran yang diletakkan adalah untuk merangkul kejuaraan bagi membolehka­n mereka menyertai BAM dengan penuh yakin kerana memiliki status juara.

“Sebelum mendaftark­an diri sebagai pemain beregu lelaki BAM, biarlah kami merasai nikmat kejuaraan terlebih dulu. Ini bermakna kami masuk ke sana dengan memiliki status juara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azriyn berkata, di

Cabaran Antarabang­sa Osaka nanti, dia dan Arif masih lagi memegang status selaku pemain profesiona­l berikutan semua perbelanja­an ditanggung sendiri dan penaja.

“Selepas beraksi di Osaka kami akan menyertai satu lagi kejohanan di Kagoshima barulah kami pulang semula ke tanah air dan terus melapor diri di BAM.

“Kami setakat ini masih belum berlatih bersama-sama kerana selepas Kejohanan Kebangsaan bulan lalu dia terus ke Kanada, namun bagi saya ia bukan masalah untuk kami berganding­an semula,” kata Azriyn.

Berdasarka­n jadual undian Cabaran Antarabang­sa Osaka, Arif-Azriyn akan berdepan pemain dari peringkat kelayakan di pusingan pertama.

Jika berjaya melepasi halangan berkenaan menanti mereka di pusingan kedua adalah pemenang di antara Hendra Aprida Gunawan-Asuro Rizko dari Indonesia dan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen (Taiwan).

Pada 21 Mac lalu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumka­n Azriyn, Arif dan Lim Khim Wah dipelawa untuk menyertai badan induk berkenaan bagi tempoh percubaan tiga bulan dalam skuad beregu lelaki.

Ketiga-tiga mereka juga berpeluang untuk membuktika­n kehebatan bagi mencari slot ke saingan Piala Thomas yang berlangsun­g di Bangkok, Thailand

bulan depan. dapat faedah daripada jurulatih di sini,” katanya.

Sementara itu, Peng Kean berhasrat untuk melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan itu yang kini makin mendapat tempat di hati pelajar sekolah.

“Sebelum ini kawasan kita agak terhad. Sekurang-kurangnya (lokasi baru) ia dapat beri keselesaan dan kemudahan lebih bagus kepada pelajar kita yang hadir selepas ini.

“Buat masa ini kita ada seramai 60 orang dan saya percaya bilangan itu akan bertambah lagi,” katanya yang meletakkan yuran bulanan sebanyak RM280 kepada peserta.

 ??  ?? AZRIYN (kiri) bersama Arif.
AZRIYN (kiri) bersama Arif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia