Harian Metro

Misi kekal momentum

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

 Vountus mahu Chun Kang-Wee Gieen kekal konsisten menjelang Terbuka Finland

Jurulatih badminton beregu lelaki negara, Vountus Indra Mawan Saniru berharap anak buahnya, Shia Chun Kang-Tan Wee Gieen dapat mengekalka­n momentum menjelang Terbuka Finland yang bermula Khamis ini walaupun terlepas peluang merangkul kejuaraan di Orleans Masters.

Menurutnya, secara keseluruha­n pasangan itu berjaya memberikan aksi terpuji selepas berjaya mengekalka­n konsisten dari pusingan pertama sehingga mara ke perlawanan akhir Orleans Masters.

“Secara keseluruha­n per- mainan mereka sangat bagus termasuk berjaya menumpaska­n pilihan kedua (Jones Ralfy Jansen-Josche Zurwonne). Selepas itu, mereka terus konsisten sehingga mara ke perlawanan akhir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perlawanan akhir tengah malam semalam, Chun Kang-Wee Gieen terpaksa akur dengan pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Emil Seidel apabila tumpas 10-21, 18-21.

“Pasangan Jerman itu yang juga pilihan ketiga memang bermain dengan sangat baik. Mereka juga sangat bagus dalam kawalan gelanggang di bahagian depan dan tengah.

“Jadi saya harapkan Chun Kang-Wee Kuala Lumpur: Atlet lawan pedang negara, Syed Adam Emir Putra menaruh harapan tinggi agar Majlis Olimpik Gieen mampu mengekalka­n momentum ini dan beraksi dengan semangat juang yang tinggi demi negara,” kata Vountus.

Dalam pada itu, Vountus juga mengakui bahawa suntikan sains sukan yang diterapkan kepada pemain beregu lelaki termasuk Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang muncul naib juara Cabaran Antarabang­sa Vietnam banyak membantu.

“Sudah tentu 100 peratus ia membantu mereka dalam mempamerka­n aksi cemerlang sehingga kedua-dua pasangan ini berjaya mara ke perlawanan akhir,” katanya.

Pasangan nombor 71 dunia itu akan memulakan kempen Terbuka Finland dengan menentang wakil Switzerlan­d, Mathias Bonny-Oliver Schaller.

 ??  ?? VOUNTUS (tengah) bersama Wee Gieen (kiri) dan Chun Kang.
VOUNTUS (tengah) bersama Wee Gieen (kiri) dan Chun Kang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia