Harian Metro

Harap MOM hantar wakil di Sukan Asia

-

Malaysia (MOM) tetap menghantar wakil dalam acara lawan pedang pada saingan Sukan Asia di Indonesia, Ogos nanti.

Dia yang beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu mengakui adalah suatu kerugian sekiranya kontinjen Malaysia tidak menyertai acara berkenaan ketika gergasi dunia seperti Korea Selatan bakal bersaing di temasya itu.

Jelasnya, banyak perkara positif boleh diraih atlet negara selepas mereka mempamerka­n aksi cemerlang di Sukan SEA sebelum ini.

“Buat masa ini, kami tak tahu lagi adakah Malaysia akan menghantar atlet ke Sukan Asia kerana MOM mahu menilai semula program kami. Sukan Asia memang lagi besar daripada Sukan SEA kerana ada Korea Selatan dan Jepun.

“Kalau kita pergi ke sana, kita boleh lihat tahap kita dan dapat raih keputusan positif. Kita ada peluang untuk maju dan cuba layak ke Sukan Olimpik di masa depan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran pusat latihan baru Kelab Lawan Pedang Antarabang­sa Malaysia (IFCM) di Sri Petaling kelmarin.

Mengulas mengenai usaha IFCM dalam mengembang­kan sukan itu dalam kalangan kanak-kanak sekolah, penuntut dari Universiti Help itu memuji komitmen tinggi kelab berkenaan yang kini dikendalik­an oleh bekas atlet Olimpik negara, Yu Peng Kean.

“Di kelab ini, ramai jurulatih berpengala­man pernah bertanding di kejohanan dunia serta Sukan Olimpik London pada 2012 lalu. Jadi saya rasa, semua atlet akan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia