Harian Metro

Hayunan Poulter masih berbisa

-

Houston: Pemain veteran Ian Poulter menewaskan muka baru Jelajah PGA, Beau Hossler dalam aksi playoff di Terbuka Houston kelmarin, sekali gus layak ke Kejohanan Masters AS.

Poulter menyempurn­akan pukulan pada lubang tambahan selepas kedudukan terikat bersama pencabar dari Amerika Syarikat itu selepas mengumpul 269 mata pada pusingan terakhir di Kelab Golf Houston.

Poulter membenam birdie dari jarak 20 kaki untuk mengheret kedudukan pemenang menerusi playof.

Hossler terlepas gelaran itu kepada Poulter apabila pukulan ketiganya dari bunker tersasar ke dalam tasik.

Poulter beradu tenaga di Houston dengan misi memburu kelayakan ke Kejohanan Masters AS pada ketika dia nyaris tercicir daripada kejohanan itu selepas namanya berada dalam senarai ke-51 ranking dunia minggu lalu.

Kejohanan Masters AS hanya membuka penyertaan kepada 50 pemain terbaik ranking dan dengan nasib jelas menyebelah­i Poulter dengan kemenangan­nya semalam.

“Saya belum pernah menang dengan satu pukulan di Amerika Syarikat, selepas keputusan yang mengecewak­an minggu lepas dan selepas hari ini saya layak ke Augusta, saya rasa ia amat menakjubka­n,” Kata Poulter kepada NBC.

Peluang Poulter untuk melangkah ke kejohanan besar pertama tahun ini tampak samar selepas dia mencatat 73 pukulan pada pusingan pembukaan namun bangkit dengan catatan 64, 65, 67 pada pusingan berikutnya.

“Minggu lepas sangat mengecewak­an. Saya keletihan di sini, saya tidak beraksi dengan baik. Saya sebenarnya sudah mengemaska­n beg pakaian dan mahu pulang pada Jumaat,” katanya.

Kejayaan ini yang ketiga buat Poulter dalam siri Jelajah PGA, dua kejayaanny­a sebelum ini diraih menerusi Kejohanan Golf Dunia iaitu Match Play 2010 dan Kejohanan HSBC 2012 di Shenzhen, China. - AFP

 ??  ?? AKSI Ian Poulter pada lubang ke-10 di Humble, Texas.
AKSI Ian Poulter pada lubang ke-10 di Humble, Texas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia