Harian Metro

The Reds membara Bayern tenang tunggu Sevilla

- Reuters

 Pengendali Liverpool akui pemain mampu lebur cabaran City

Pengendali Liverpool Juergen Klopp menjangkak­an aksi sengit apabila kelab Merseyside itu berdepan Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

Menurut Klopp, anak buahnya kini berada di tahap terbaik dan mampu melakukan kejutan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris itu untuk mara ke kelompok empat terbaik Eropah.

City bertandang ke Anfield untuk pusingan pertama suku akhir, meneruskan seteru yang menyaksika­n 12 gol dijaringka­n dalam dua pertembung­an terakhir antara kedua-dua pasukan.

“Jika saya diberi pilihan untuk menyaksika­n perlawanan Liga Juara-Juara pada Rabu, saya akan menonton perlawanan ini,” kata Klopp.

“Saya rasa ia pasti hangat...ia berkenaan taktik tetapi akan ada ‘api’ dalam perlawanan itu, jadi ia amat menarik. Malah ia berlangsun­g di Anfield, jadi suasananya sangat bagus untuk ditonton.”

Liverpool tewas 5-0 dalam

aksi liga di Stadium Etihad September lalu selepas penyerang Sadio Mane dibuang padang tetapi menebus kekalahan mereka dengan kemenangan 4-3 di

Anfield pada Januari Seville: Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes mengakui anak buahnya tidak bersorak selepas melihat jadual suku akhir Liga Juara-Juara dipaparkan ketika Sevilla akan menunggu kunjungan gergasi Jerman itu sebagai pasukan bukan pilihan Rabu ini.

Buat masa ini hanya Roma yang akan berdepan Barcelona pada Rabu, boleh mendakwa mereka berdepan misi sukar di saingan suku akhir itu tetapi pasukan Itali itu ada pengalaman mengharung­i perlawanan peringkat kalah mati sejak beberapa musim ini.

Sevilla pula menampilka­n aksi pertama mereka di suku akhir Liga Juara-Juara.

“Anak buah saya tenang saja ketika undian tempoh hari meskipun mereka baru selesai minum bir.

“Sudah pasti Real Madrid, Barcelona, Manchester City beraksi sangat baik, begitu juga dengan Liverpool, kita ada lima kelab Inggeris di peringkat ini dan kita memperkata­kan liga terbaik dunia, tiga daripadany­a sudah tersingkir maka kami perlu serius berdepan dengan mereka ini.”

Sevilla menyingkir­kan gergasi Liga Perdana, Manchester United menerusi kemenangan 2-1 di Old Trafford.

Ia jelas pergelutan yang hebat sepanjang tiga bulan buat Vincenzo Montella yang mengambil alih jawatan pengurus pertengaha­n musim ini.

Sejak mengambil alih, Sevilla berjaya menang ke atas Atletico Madrid di laman sendiri dan tempat lawan dalam saingan Piala Raja Sepanyol yang sebelumnya turut membenam Espanyol di tempat lawan.

Namun mereka turut bolos lima kali ketika berdepan Eibar, Real Betis dan Atletico dalam saingan liga dan tewas 0-2 di laman sendiri kepada Valencia,

Kejayaan Sevilla mengikat Barcelona 2-2 di laman sendiri Sabtu lalu jelas menunjukka­n kehebatan sentuhan Montella setakat ini.

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia