Harian Metro

‘Inilah nilai kami’

-

 Conte tak risau nasib, sudah beri yang terbaik untuk Chelsea

Bos Chelsea, Antonio Conte tidak bimbang dengan masa depannya di kelab itu walaupun harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan berdepan ancaman serius apabila tewas di laman sendiri kepada Tottenham Hotspur, kelmarin.

Spurs bangkit daripada ketinggala­n untuk menang 3-1 dalam saingan Liga Perdana itu, mencatat kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak 1990, hasil jaringan jarak jauh Christian Eriksen dan dua jaringan babak kedua, Dele Alli.

Keputusan itu meletakkan juara musim lalu, Chelsea lapan mata di belakang Spurs di kedudukan kelima namun Conte berkata, dia akan terus memberikan apa saja selagi dia kekal selaku pengurus.

“Tidak, saya tidak bimbang. Sejujurnya. Saya rasa saya sudah memberikan semuanya, pemain juga sama, semuanya untuk musim ini,” kata Conte.

“Kami bekerja keras untuk melalui musim yang bagus, tetapi saya rasa pada akhirnya, kami berhak musim ini. Inilah nilai kami.

“Saya ada pandangan saya tetapi saya sangat penat dengan mengulangi perkara sama. Saya tidak mahu mencipta masalah. Jika kami berada dalam posisi ini, kami berhak berada dalam posisi ini.”

Pengurus dari Itali itu dilaporkan media British berada dalam keadaan janggal bersama kelab itu berikutan dia mahu memperkuat­kan skuad pada tempoh perpindaha­n awal musim ini.

Sementara itu, pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menegaskan dia sentiasa yakin dengan bakat Dele Alli walaupun pemain England itu bergelut memenuhi piawaian tinggi ditetapkan­nya.

“Saya amat gembira untuk Dele,” kata Pochettino. “Ia tempoh yang sukar untuknya, tetapi saya suka bakat dan perwatakan­nya. Saya amat gembira untuknya kerana dia berhak mendapatka­nnya.”

Alli tidak disenaraik­an untuk kedua-dua perlawanan persahabat­an England menentang Belanda dan Itali baru-baru ini, dan pengendali­nya, Gareth Southgate menyatakan yang tempatnya dalam kesebelasa­n utama skuad Piala Dunia masih belum selamat.

“Saya pasti peminat masih kecewa dengan cara saya bermain hari ini,” kata Alli yang meraikan jaringan pertamanya dengan cara mengejek di depan penyokong Chelsea. “Saya tidak rasa saya perlu membuktika­n apa-apa dengan cara saya bermain hari ini.”

 ?? Antonio Conte ?? Kami bekerja keras untuk melalui musim yang bagus, tetapi saya rasa pada akhirnya, kami berhak musim ini. Inilah nilai kami”
Antonio Conte Kami bekerja keras untuk melalui musim yang bagus, tetapi saya rasa pada akhirnya, kami berhak musim ini. Inilah nilai kami”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia