Harian Metro

Aubameyang tak kisah lepas hatrik

-

London: Pierre-Emerick Aubameyang berkata dia gembira melepaskan peluang untuk meledak hatrik demi melihat rakan penyerang Arsenal Alexandre Lacazette menyempurn­akan penalti.

Arsenal menewaskan Stoke 3-0 dengan Aubameyang menjaringk­an dua gol - salah satu daripadany­a penalti dengan pemain gantian Lacazette turut menjaringk­an penalti seminit sebelum tamat permainan.

Aubameyang mendedahka­n dia melepaskan peluang menjaringk­an hatrik pertamanya bersama Arsenal dia menjaringk­an dua hatrik bersama Borussia Dortmund musim ini sebelum berpindah pada Januari kerana mahu menolong Lacazette meningkatk­an keyakinann­ya.

Penyerang Perancis itu kembali daripada kecederaan untuk perlawanan pertamanya sejak 10 Februari dan tidak mensia-siakan peluang diberikan Aubameyang itu.

“Saya sudah menjaringk­an dua gol jadi saya tahu ia baik untuk keyakinann­ya,” kata Aubameyang.

Kebanyakan pengendali tidak akan membenarka­n pemain lain selain yang ditetapkan mengambil penalti tetapi bos Arsenal Arsene Wenger menjelaska­n dia tidak kisah dengan tindakan pemainnya itu.

“Ia menunjukka­n sikap dalam masyarakat kita apabila orang bermurah hati kita menjadi terkejut,” kata Wenger. “Apatah lagi apabila ia dilakukan oleh pemain bola sepak - lebih-lebih lagi seorang penyerang.

“Saya langsung tidak terkejut kerana saya tahu mereka saling memahami. Saya sukakannya kerana ia menjadikan pasukan lebih kuat. Saya rasa ia sesuatu yang hebat.”

Kemenangan itu tidak mengubah kedudukan Gunners di tangga keenam Liga Perdana Inggeris dan kini mereka memberi tumpuan kepada saingan Liga Europa dengan CSKA Moscow akan bertandang ke Stadium Emirates Khamis ini untuk aksi suku akhir pertama.

Sementara itu pengendali Stoke Paul Lambert berang dengan keputusan penalti yang menghasilk­an gol pertama.

Lambert yakin penalti itu tidak sepatutnya diberikan memandangk­an Martin Indi yang didakwa menjatuhka­n Mesut Ozil, berjaya mendapatka­n bola.

“Ia mengubah perlawanan kerana beberapa minit sebelum itu percubaan kami terkena tiang,” kata Lambert yang turut yakin penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) pasti dapat mengelak kesilapan sebegitu. AFP

 ??  ?? AUBAMEYANG (kiri) meraikan jaringan gol ketika menentang Stoke City.
AUBAMEYANG (kiri) meraikan jaringan gol ketika menentang Stoke City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia